“Sanggup Rakam Video Dari Membantu” KP Bomba, DS Najib Razak & DR Siti Mariah Menziarahi Isteri Allahyarham

Sanggup Rakam Video Dari Bantu Mangsa

Insiden pemandu lori tangki minyak yang rentung hingga tular perlu dijadikan sebagai iktibar oleh semua pihak bagi menggelak kes seumpama itu berulang.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohmmad Hamdan Wahid berkata, rakyat negara ini seharusnya memiliki sikap bertangungjawab ke atas orang lain selain diri sendiri.

” Orang ramai sepatutnya berusaha menyelamatkan mngsa dari kebakaran, bukannya merakamkan video mengenai insiden yang menimpa mngsa” kata beliau

Menurutnya lagi, sekiranya berlaku kejadian kebakaran seperti itu orang ramai boleh menggunakan beberapa kaedah untuk membantu memadam api pada baju mngsa.

Salah satunya adalah dengan teknik ‘Stop, Drop and Roll’ (berhenti, jatuhkan tubuh dan berguling) terutama berguling atas rumput yang mana perkongsian ilmu itu juga sering disampaikan kepada kanak-kanak tadika.

Katanya, usaha menyelamat mngsa boleh diteruskan dengan menggunakan selimut ataupun kain yang basah untuk diletakkan pada mngsa daripada membiarkan mngsa terus berlari kerana keadaan itu akan menyebabkan api lebih marak.

” Tapi apa yang berlaku video ditularkan dan saya rasa amat sedih, orang sanggup membuat rakaman dan tidak membantu mngsa.

” Seharusnya sebagai rakyat, kita sepatutnya menjadi orang yang boleh menyelamatkan orang lain dalam keadaan kecemasan tertentu tetapi dalam insiden ini ia tidak berlaku,” katanya.

Mohammad Hamdan hadir ketika sidang media selepas majlis penganugerahan pingat kebesaran jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia peringkat negeri di Hotel Muzaffar, di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Mohammad Hamdan berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan pingat kebesaran jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia peringkat negeri di Hotel Muzaffar.

Majlis tersebut telah diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Zin Salleh.

Tambah Mohammad Hamdan, setiap kenderaan juga digalakkan mempunyai alat pemadam api sebagai langkah keselamatan jika berlaku sebarang bencana diluar jangka di jalan raya.

” Selain alat memadam kebakaran, pemandu lori seperti itu juga kebiasaannya mengikut kursus berkaitan dan merupakan pemadu lori terlatih,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang pemandu lori tangki maaut dalam kebakaran selepas kenderaannya terbabit dalam kema langan di Kilometer 372 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selepas Hentian Rehat dan Rawat Behrang, di Slim River, Perak.

Mngsa, Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis, 38 tahun, berasal dari Felda Mayam, Bera, Pahang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Selangor.

Sumber : Sinar Harian

Kredit : Newscoviral

Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Siti Mariah

YB Dr Siti Mariah berkesempatan menziarahi Puan Khatijah Abd Karim isteri kepada Allahyarham Muhammad Suhaimi Khamis, pemandu lori tangki yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan kebakaran dua buah lori di lebuhraya utara selatan tempoh hari.Dr Siti Mariah juga memberi sumbangan dan kata-kata semangat kepada Puan Siti Khadijah dan keluarganya agar terus tabah dalam kehidupan.

Semoga Allahyarham Mohd Suhaimi ditempatkan dikalangan orang orang beriman.

Al-Fatihah

Sumber : Selangor 3W

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengunjungi balu kepada Mohamad Suhaimi Khamis, pemandu lori yang maut dalam kemalangan di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Slim River, pagi Sabtu lalu. Kunjungan dibuat di rumah keluarga Khatijah Abdul Karim, 36, di Kampung Kenangan, Puchong di sini.

Komen Anda?