fbpx

Sanggup Balik Rumah Sekejap Semata-Mata Ingin Menjaga Kucing Comel

Terdqpat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh kita perolehi apabila kita membela dan menyayangi kucing. Membela kucing memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan manusia seperti  kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya.

Dapat Membuang Sifat Pentingkan Diri Sendiri Dan Kedekut Dalam Diri Manusia

 

Membela kucing mengajar kita untuk berkongsi rezeki daripada Allah SWT di atas muka bumi ini tidak kira sama ada makanan, minuman, tempat tinggal dan khususnya kasih sayang. Sifat berkongsi dengan makhluk comel ini lambat laun akan menjadikan kita seorang manusia yang pemurah dan baik hati.

Dari perkongsian Facebook Aken Mustafa, Beliau menceritakan masih ada lagi orang yang mengambil berat tentang kucing jalanan. Sifat penyayang terpapar pada insan yang sanggup menolang walaupun terpaksa korbankan masa sendiri demi melihat kucing ini dalam keadaan baik..

Cerita pagi tadi …waktu bukak nak jual nasi lemak, ade dtg sekor kucing persian yg nampk mcm dh tua,kena infection dan homeless…ade rantai pd leher kucing tu maybe dh lame dia lost dr rumah…bagi dia makan seketul ayam goreng..memang dia nampak je ayam trus makan dengan laju smpai habis..

then dtg sorg akak ni beli nasi lemak, nampak kucing tu trus dia kluarkan makanan dr kereta bagi makan lagi…the best part is, akak ni delay utk pergi keje and call suami dia utk bawak kucing pegi ke vet ..

dlm waktu yg same ade sorg lagi laki muda nampak akak tu belai kucing, then dia interested utk jaga kucing tu…budak tu jugak sanggup balik rumah kejap utk amik pet carrier utk bawak kucing tu…

akak dan suami dia dh janji nak bawak pegi vet dan sanggup utk bayar perubatan utk kucing dan kemudian bagi kt budak laki tu after treatment utk dijaga…

semoga rezeki mereka yg mengambil berat kucing tu Allah balas dgn rezeki yg melimpah-limpah seperti air sungai yg mengalir…

Komen Anda?
Related Post
Kesian Kucing, Terpaksa Makan Makanan Tiruan

Kesian kucing, terpaksa makan makanan tiruan SEBANYAK 10,455 bungkusan makanan kucing dan anjing tiruan bernilai Read more

Syabas!! Kucing Selamat Bayi Dari Jatuh Tangga

Ni dia Hero yang telah selamatkan Bayi daripada terjatuh tangga. Video menunjukkan seorang bayi, kira-kira Read more

Banyak Keistimewaan Kalau Beri Makan Dan Menyayangi Kucing Ini

Tadi sementara minum kat kedai Pasar kedai buloh napok ade pelajar SMK Dato' Razali rasenye Read more

Ceo Modenas Hadiahkan Motosikal Kepada Lelaki Ini Disebabkan Kucing

Ceo Modenas hadiahkan kapcai kat budak jaga parkir nama Ann. Separuh dari gaji dia guna Read more