Sambutan Luar Biasa Catat Jualan Jersi Rm1.6Juta

Rekaan yang dianggap ringkas, moden dan menarik itu berlegar dalam media sosial, malah buat kali pertama JDT akan memaparkan logo Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di bahagian depan, sekali gus meletakkan mereka sebaris Manchester United atau Barcelona.

Semalam, pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bakal memberi ‘hadiah istimewa’ kepada penyokong JDT dengan ‘menanggung’ sebahagian daripada harga jersi baharu Harimau Selatan.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, hadiah istimewa itu diberikan sempena ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim, selain tanda penghargaan kepada sokongan tidak berbelah bagi penyokong.

JUALAN JERSI TERJUAL SEBANYAK RM1.6 JUTA! TERIMA KASIH KELUARGA JDT!

Dukacita dimaklumkan bahawa peruntukan untuk jualan atas talian kami di JDT Store di laman web kelab dan Shopee telah habis dijual. Stok jersi-jersi tersebut akan ditambah semula dalam beberapa minggu akan datang.

Kami juga berasa gembira dapat mencatatkan penjualan sebanyak RM1.6 juta.

Rakan kongsi kami Nike juga akan mula menjual jersi ‘home’ mulai esok tetapi memandangkan sambutan yang begitu luar biasa oleh penyokong JDT, kami menjangkakan jersi-jersi di sana juga akan habis dijual. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor

Admin pun kecundang... Dok depan pc x lepas2.. Last2 dpt tahu jualan kat shoope.. Pergi tengok Sold Out...😩 1320pm

 18 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?