fbpx

Salam Takziah, Pelumba Afridza Meninggal Dunia Selepas Terbabit Kemalangan Di Litar Sepang

Semoga Rohnya dicucuri rahmat.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Salah seorang pelumba untuk perlumbaan sokongan sempena Grand Prix (GP) Malaysia, Asia Talent Cup, Afridza Munandar disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada petang Sabtu.

MotoGP dalam satu kenyataan, menyatakan kemalangan tersebut berlaku di selekoh 10 pusingan pertama perlumbaan satu sebelum bendera merah dikibarkan sejurus selepas insiden.

Pelumba yang berusia 20 tahun itu pada awalnya telah diberikan rawatan perubatan di tepi litar sebelum dikejarkan ke hospital.

Namun Afridza tidak dapat diselamatkan semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur dengan menggunakan helikopter.

Pada pusingan terakhir musim di SIC itu, Afridza yang berasal dari Indonesia, sedang bersaing sengit memburu penamat dalam kelompok tiga terbaik keseluruhan.

Untuk rekod musim ini, Afridza telah meraih dua kemenangan, dua penamat di tempat kedua dan ketiga.

Afridza juga sudah mengumpul 142 mata untuk berada di tangga ketiga keseluruhan dan ketinggalan 15 mata di belakang pelumba kedua, Sho Nishimura dari Jepun dan 27 mata di belakang pendahulu yang juga dari Jepun, Takuma Matsuyama.

Sumber : Astro Awani

Komen Anda?
Related Post
Salam Takziah Buat Ahli Keluarga Pengasas Kicap Jalen

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un" اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ Read more

Al-Fatihah, Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Selepas kira-kira seminggu kita dikejutkan dengan kehilangan Abam, hari ini berita duka lagi, Ashraf Sinclair Read more

Al-Fatihah, Bapa Terlupa Anak Dalam Kereta

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Read more

Al-Fatihah, Tiga Termasuk Dua Kanak-Kanak Lemas

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Read more