fbpx

Salam Takziah Buat Keluarga Mangsa, Jururawat Masyarakat Bantu Mangsa Kemalangan

Innalillahiwainnaillahirojiun …

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Walaupun kami tak kenal kamu..walau punn jauh di Perak sana…. aura kamu kami terasa sampai sini… dalam terketar ketar kamu.. kamu berjaya selamatkan nyawa baby tu dgn izin Allah S.W.T.. kami Jururawat Masyarakat dari Negeri Sembilan dan pastinya satu Malaysia bangga dgn kamu… Tahniah…

Bayi terbabit kemalangan terbenam dalam lumpur

TELUK INTAN: Bayi perempuan terbabit kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa termasuk ibunya, terselamat berikutan tindakan pantas seorang jururawat Klinik Desa Tanjung Keramat, di sini memberikan bantuan awal.

Bayi perempuan itu, Nur Afrina Miqaila Mohd Azizi, yang cedera akibat tercampak keluar dari kereta dengan separuh badan terbenam dalam lumpur selepas kereta dinaiki terhumban dalam parit di Kilometer 32 Jalan Langkap-Kampar semalam, kini dilaporkan stabil.

Bapanya, Mohd Aziz Mohd Yadi, 29, berkata bayinya yang berusia sembilan bulan itu diselamatkan jururawat berkenaan yang memberikan bantuan awal hingga anaknya sedar semula.

“Semalam, keadaannya masih trauma kerana sering terkejut ketika tidur, tapi hari ini nampak sudah ada perubahan positif.

“Alhamdulillah, keadaannya stabil dan makin pulih tanpa sebarang kecederaan serius,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tanjung Keramat di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, isterinya, Farah Ain Salim, 29, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki terbabit dalam nahas empat kenderaan.

Kemalangan yang berlaku berhampiran Klinik Desa Tanjung Keramat itu turut mengorbankan pemandu kereta, Fuziyah Sarjuni, 62, juga ibu saudaranya dan seorang lagi penumpang, Faridah Md Nayen, 38, yang sedang sarat mengandung 35 minggu.

Menceritakan kejadian itu, Mohd Aziz berkata arwah sepatutnya membawa bayi mereka untuk pemeriksaan di klinik hari ini, namun secara kebetulan jirannya iaitu Allahyarham Faridah mahu membuat pemeriksaan sama di klinik itu, semalam.

“Dia cakap alang-alang jiran nak ‘check up’, baik dia ikut sekali, tak perlu berulang banyak kali, jadi saya benarkan dia pergi bersama ibu saudara.

“Tak sampai lima minit, ada ambulans lalu lalang depan rumah, saya yang kebetulan nak ke Langkap sempat ikut ambulans itu dari belakang tanpa mengetahui ia membawa mangsa kemalangan yang membabitkan isteri saya,” katanya.

Katanya, dia dan isteri, yang mendirikan rumah tangga pada 2015, sudah lebih setahun tinggal bersama Allahyarham Fuziyah di rumah itu memandangkan ibu saudaranya duduk seorang diri.

“Hubungan arwah isteri dan ibu saudara memang rapat, macam anak dan mak, apa pun saya reda dengan kejadian ini dan tetap bersyukur kerana anak kami masih selamat, dialah satu-satunya anak kami,” katanya.

Sumber : Berita Harian

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” – Q 2:155.

Komen Anda?
Related Post
Kemalangan Yang Meragut Nyawa Disebabkan Oleh Sebotol Air

Kemalangan jalan raya boleh terjadi daripada beberapa faktor seperti pemandu, kenderaan dan sekeliling. Namun siapa Read more

Pegawai Dan Anggota Trafik IPD Batu Pahat Membuat Lawatan Kebajikan

PEGAWAI DAN ANGGOTA TRAFIK IPD BATU PAHAT MEMBUAT LAWATAN KEBAJIKAN. Batu Pahat , 1 Feb Read more

Tahniah Anggota Polis Trafik Bantu Mangsa Kemalangan

Polis dan masyarakat berpisah tiada.. بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم ْ ,Bangga melihat anggota polis trafik Read more

Kemalangan Lori & Motorsikal Di Km 20.4 Arah Selatan Dari Kulai Menuju Ke Senai(U)

Apabila melalui kawasan kemalangan sila pandu berhati-hati. 18:34hrs Status kemalangan Km 20.6 arah Selatan dari Read more