fbpx

Salam Takziah, Buat Keluarga Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik

Salam takziah buat seluruh keluarga, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik, Timbalan. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai.

Beliau telah meninggal dunia di Hospital Pontian kira-kira jam 6 pagi tadi.

Al-Fatihah

Berkhidmat hingga ke hujung nyawa

JAM-JAM terakhir Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi, masih fokus dalam membantu masyarakat setempat.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh ibu kepada Ahli Parlimen Tanjung Piai itu, Norma Mohamed ketika ditemui pemberita di Kampung Serkat Laut, di Pontian, hari ini.

“Dia panggil pegawai dia, kata ketua kampung macam ni macam ni… selesaikan, dia mungkin tidak sempat balik, takut benda tidak selesai.

“Dia pesan pada pegawai dia kena selesaikan benda ni, kena habiskan nanti nak minta peruntukan,” kata beliau yang sehingga kini masih terngiang-ngiang pesanan anak sulungnya itu.

Allahyarham, 42, meninggal dunia di Hospital Pontian kira-kira 6 pagi tadi, meninggalkan isteri, Datin Farah Syazwani Hanis Ismail dan tiga anak perempuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) itu difahamkan menghadiri satu acara di Pontian Jaya, malam tadi, selepas sampai dari Putrajaya semalam.

Selepas itu, Allahyarham, yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, masih bertemu masyarakat sehingga kira-kira 4 pagi tadi sebelum kemudiannya dilaporkan meninggal dunia dipercayai serangan sakit jantung di hospital, dua jam kemudian.

“Saya reda dengan pemergian Allahyarham dan mengharapkan penduduk mendoakan rohnya dicucuri rahmat,” kata beliau, 67, yang juga Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Tanjung Piai.

Kira-kira lebih 500 penduduk dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sekitar menziarahi keluarga Allahyarham sejak awal pagi tadi termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Suhaizan Kayat dan Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang.

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?
Related Post
Salam Takziah, Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Innalillahiwainnaillahirojiun … إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, Read more

Salam Takziah, Pengetua Dan Dua Kakitangan Sekolah Swasta Islam Di Simpang Renggam M4ut

Innalillahiwainnaillahirojiun … إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, Read more

Salam Takziah, Pemain Dram Kumpulan Rock Legenda Search Yazit Telah Pergi Selamanya

Innalillahiwainnaillahirojiun … إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, Read more

Al-Fatihah, Pelawak Terkenal Abam Bocey Meninggal Dunia

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian Read more