fbpx

Salam Takziah Buat Ahli Keluarga Pengasas Kicap Jalen

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un”

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ *
“Allahumma firlahu warhamhu waafihi wafu`anhu”

Dukacita dimaklumkan bahawa Usahawan dan Pengasas Jalen Sdn. Bhd., Datuk Haji Ab. Jalil Bin Hj Long telah kembali ke rahmatullah anggaran jam 3.55 petang tadi (18.02.2020) di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Jenazah akan dikebumikan selepas isyak di Tanah Perkuburan Taman Kebun Teh.

Salam takziah dari kami warga JALEN SDN BHD dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga, semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan yang beriman serta dikasihiNya aamiin….

Pengasas kicap Jalen meninggal dunia

JOHOR BAHRU: Usahawan yang juga pengasas Jalen Sdn Bhd, Datuk Ab Jalil Long meninggal dunia jam 3.55 petang ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru.

Jenazah akan dikebumikan selepas Isyak di Tanah Perkuburan Taman Kebun Teh.

Jalen memulakan operasinya pada November 1981 sebagai Jalil Enterprise.

Aktiviti utamanya adalah membekalkan kicap secara kontrak bagi jenama Habhal.

Bagaimanapun, perjanjian ditamatkan pada November 1986 yang menyaksikan syarikat itu kemudiannya mengusahakan produk sendiri.

Ogos 1988 menyaksikan era baharu dalam industri pembuatan makanan tempatan apabila Jalen memulakan operasi membekalkan jenama baharu Kicap Jalen secara terus ke pasaran.

Permintaan yang semakin meningkat menyebabkan kicap buatan Jalen mendapat sambutan yang positif daripada pelanggan.

Ab Jalil mengembangkan perniagaannya lagi dengan membuat pelaburan mencecah jutaan ringgit.

Syarikat turut mengeluarkan produk selain kicap seperti sos cili, sos tomato berperisa tiram, cuka buatan, taucu dan kordial.

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?