Saingan Liga Premier Musim Ini Berakhir Setelah Kuching FA Menewaskan Kuala Lumpur

Kuching FA benam KL

MELAKA: Kuching FA meraih kemenangan 2-0 berdepan Kuala Lumpur (KL) pada aksi terakhir Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Kejayaan terbabit jelas menjadi tonik berharga buat skuad berkenaan bagi mengharungi pentas Piala Malaysia musim ini.

Aksi berkenaan terpaksa dilangsungkan di Melaka susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di ibu negara yang menyaksikan KL lebih banyak mengatur serangan pada awal babak permainan.

Photo by Kuching City FC

Bagaimanapun, Kuching yang sesekali menyerang berjaya mencipta jaringan pertama mereka menerusi penyudah berkesan Bryan Anicezio pada minit ke-17.

Ketika KL kembali merencana strategi untuk mencari gol penyamaan, gawang mereka sebaliknya bocor.

Kali ini menerusi rembatan kencang Yuta Suzuki pada minit ke-34.

Sumber : Berita Harian

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – PUSINGAN LP11

Saingan Liga Premier musim ini berakhir setelah Kuching FA menewaskan Kuala Lumpur tadi.

Photo by MFL

 28 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?