Safiq Rahim (SR8) Kembali Ke Pangkuan JDT

Love is like a bird.
If you squeeze it too hard it will die and if you let it go it will fly away, but if you care for it gently, it will remain where it is meant to be.

Welcome Home Safiq Rahim! 🔴🔵

Safiq kembali ke pangkuan JDT

Kuala Lumpur: Bekas kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim kembali menyertai pasukan Selatan tanah air itu.

Safiq yang meninggalkan JDT dengan deretan kejuaraan termasuk menjulang trofi Liga Super sebanyak lima kali berturut-turut dari 2014-2018 dan Piala AFC pada 2015 bakal kembali dengan misi baru iaitu misi kelapan.

Menerusi komen ringkas pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram Johor Southern Tigers (JST), mengakui kehadiran pemain tengah yang sinonim dengan jersi nombor 8 itu adalah kerana misi kelapan JDT iaitu mempertahankan trofi Liga Super buat musim kelapan berturut-turut.

“Selamat pulang SR8 (Safiq Rahim 8). 8 untuk misi ke-8” tulisnya kepada bekas tonggak utama skuad kebangsaan itu yang cukup berpengaruh dalam pasukan.

Minggu lalu, Arena Metro mendedahkan kemungkinan Safiq kembali menyarung jersi JDT selepas permohonan perpindahan menggunakan sistem MyPas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tersebar di laman sosial.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan spekulasi penghijrahan Safiq dari Melaka United ke JDT akhirnya menjadi kenyataan sekali gus menjawab persoalan dikalangan peminat.

Pengalaman luas dimiliki pemain berusia 34 tahun itu pastinya ditagih oleh pengendali pasukan, Benjamin Mora dalam menggerakkan jentera tengah pasukan selain memberi peluang buat Safiq muncul di pentas tertinggi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Sumber : Harian Metro

Photo by Johor Southern Tigers

Skuad JDT 2021

Luaskan Kuasamu Johor
Komen Anda?