fbpx

Safee Sali Teruja Lihat Ngauman Harimau Malaya

Safee teruja lihat ngauman Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mengakui menjadi antara insan paling gembira melihat kemampuan Harimau Malaya yang hampir melebur ego Emiriah Arab  Bersatu (UAE) pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Selasa lalu.

Malah, Safee Sali yang pernah 76 kali beraksi bersama Harimau Malaya dari 2006 hingga 2016 menyifatkan barisan pemain muda kendalian Tan Cheng Hoe mempunyai masa depan yang cerah serta mampu menjulang pasukan negara di pentas tertinggi.

“Memang teruja melihat persembahan mereka ketika memaksa UAE mandi peluh dan kita pasti merasa bangga untuk memiliki pasukan kebangsaan yang kuat seperti ini. Kita tidak takut dan berani pegang bola walau siapa pun lawan kita.

“Ini mungkin nafas baharu bola sepak kita, seiring trend bola sepak sekarang. Jadi, itu yang semua orang mahu lihat.

“Kalau pasukan ini dijaga dengan baik, saya rasa masa depan kita cerah,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan PJ City FC, hari ini.

Safee yang digelar SuperSafee bagaimanapun mengakui rindu untuk menyarung jersi Harimau Malaya dan bersedia berbuat demikian sekiranya khidmatnya diperlukan pada masa akan datang.

Menurutnya, walaupun sudah berusia 35 tahun, istilah ‘selamat tinggal’ kepada skuad kebangsaan nyata belum ada dalam kamus hidupnya.

“Saya tidak pernah katakan yang saya bersara di pentas antarabangsa. Saya masih ada harapan untuk bermain bersama skuad kebangsaan.

“Memang saya rindu untuk sarung jersi kebangsaan. Tidak kiralah umur saya 40 tahun sekali pun, saya belum ucapkan selamat tinggal dan saya tidak akan mengalah, tidak berputus asa dan sedia bermain,” katanya yang masih memegang rekod gol terpantas skuad kebangsaan apabila menjaringkan gol pembukaan ketika tewas 3-5 di tangan Singapura pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar.

Pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil Selasa lalu, Harimau Malaya hampir mengejutkan anak buah Bert Van Marwijk sebelum tunduk 1-2.

Sumber : Berita Harian

Esok

After international break.. Bring it on ??1️⃣0️⃣

Kembali bersambung dlm saingan piala Malaysia.. Bertemu sang juara 6 kali liga super membuatkan kami teruja.. Jgn lupa teruskan sokongan anda di dalam saingan liga dan piala sejarah kebanggaan kita semua ????1️⃣0️⃣™️

SAINGAN PIALA MALAYSIA KEMBALI DENGAN DUA PERLAWANAN TERAKHIR PERINGKAT KUMPULAN

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengharungi dua baki saingan peringkat Kumpulan B Piala Malaysia 2019 bermula Jumaat ini.

JDT bakal berhadapan PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Jumaat, 13 September 2019 sebelum sekali lagi bertandang ke tempat lawan di Shah Alam bertemu UiTM FC pada Selasa, 17 September 2019.

Pasukan JDT akan disertai oleh barisan pemain yang mewakili skuad kebangsaan bagi memastikan tiga mata penuh dapat dicapai di Petaling Jaya. Kemenangan akan mengesahkan kemaraan JDT ke peringkat suku akhir sebagai juara Kumpulan B. Luaskan Kuasamu Johor.

Komen Anda?
Related Post
TM Penaja Rasmi Liga Malaysia Musim 2020

TM BANGKITKAN SEMANGAT PEMINAT BOLA SEPAK MALAYSIA: MENGUMUMKAN KERJASAMA DENGAN MFL SEBAGAI PENAJA RASMI LIGA Read more

AFC Mungkin Ubah Jadual ACL

Koronavirus: AFC mungkin ubah jadual ACLKONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) akan mengadakan satu mesyuarat tergempar Read more

Fazly Mazlan Dan S. Kumaahran Ke Pahang

Fazly Mazlan dan S. Kumaahran akan menyertai Pahang secara pinjaman bagi menghadapi saingan musim 2020. Read more

Safawi Sehebat Mbappe, Sebaris Pemain Ternama Dunia

Safawi sebaris Mbappe Nama penyerang Harimau Malaya, Safawi Rasid terus melonjak selepas disenaraikan sebagai antara Read more