Safawi Rasid Tersenarai Anugerah Pemain Terbaik di Asia Fox Sports Asia

SAFAWI TERIMA PENCALONAN ANUGERAH PEMAIN BOLA SEPAK TERBAIK DI ASIA 2020

Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid telah disenaraikan antara 24 calon untuk merebut Anugerah Pemain Terbaik Di Asia Fox Sports Asia bagi musim 2020. Safawi merupakan satu-satunya wakil dari Asia Tenggara.

Hidup Johor Demi Johor

Sumber: https://www.facebook.com/69860094544/posts/10158165925509545/

Safawi Rasid tembusi senarai terbaik Asia

Kuala Lumpur: Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid terus membuktikan dirinya antara pemain terbaik di benua ini apabila tersenarai dalam 24 calon untuk merebut Anugerah Pemain Terbaik di Asia Fox Sports Asia bagi musim 2020.

Malah, lebih mengujakan apabila pemenang anugerah Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2020 Virtual itu bakal bersaing dengan beberapa pemain ternama. 

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bakal berentap dengan tonggak Tottenham Hotspur dari Korea Selatan, Son Heung Min yang dilabel pilihan utama untuk menggondol gelaran itu.

Selain itu, Safawi juga bakal dicabar bekas pemenang Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol, Andres Iniesta yang kini beraksi bersama kelab Jepun, Vissel Kobe.

Bintang lain yang turut tersenarai adalah Wataru Endo (Stuttgart), Takehiro Tomiyasu (Bologna) serta Matthew Ryan (Brighton), Hwang Hee Chan (RB Salzburg dan RB Leipzig) dan Takefusa Kubo (Real Mallorca dan Villareal).

Untuk rekod, Safawi yang baru pulang daripada Portugal selepas dipinjamkan selama tiga bulan dengan kelab, Portimonense SC pernah memenangi anugerah anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Pada September lalu, dia meraih Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara AFC selepas menghasilkan jaringan cantik menerusi sepakan lencong ketika menentang kelab China, Shandong Luneng dalam aksi Liga Juara-Juara AFC 2019.

Komen Anda?