Safawi Rasid Sumbangkan 1000 Botol “Hand Sanitiser” Kepada KPJ Johor

SAFAWI RASID SUMBANGKAN 1000 BOTOL ‘HAND SANITISER’ KEPADA KPJ JOHOR

Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menyumbangkan 1,000 botol ‘hand sanitiser’ kepada KPJ Johor bagi membantu memerangi penularan pandemik Covid-19 yang sedang merebak.

Dipengaruhi keperihatinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang memberi sumbangan berupa wang serta barangan kepada pelbagai pihak di Johor yang terjejas oleh wabak ini, para pemain JDT sebelum ini telah bersetuju untuk mendermakan sebahagian daripada gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

Para pemain, jurulatih dan kakitangan JDT yang juga bersetuju dengan pemotongan gaji 33 peratus, sekaligus menerima pujian daripada Konfederasi Bolasepak Asia, Persatuan Bolasepak Malaysia dan Malaysian Football League. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor

Komen Anda?