Safawi Rasid Sekali Lagi Hanya Memanaskan Bangku Simpanan Portimonense SC

Keputusan penuh perlawanan Primeira Liga yang berlangsung sebentar tadi.

Portimonense SC berhasil mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan liga musim ini selepas berjaya menewaskan CD Nacional dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Fabrício menerusi sepakan penalti pada minit ke-89 perlawanan.

Portimonense SC

Safawi kena tunggu lagi

KUALA LUMPUR: Pemain kebangsaan, Safawi Rasid terus kempunan untuk membuat penampilan sulung di Liga Primeira, Portugal.

Ia selepas pemain berusia 23 tahun itu sekali lagi hanya memanaskan bangku simpanan Portimonense SC ketika pasukan itu menewaskan Nacional 1-0 hasil jaringan Fabricio dos Santos, sebentar tadi.

Ia kali ketiga Safawi berada di bangku simpanan selepas turut tersenarai ketika aksi berdepan FC Porto dan Leiria dalam aksi pusingan ketiga Taca de Portugal, 21 November lalu.

Dia yang dipinjamkan selama semusim dari Johor Darul Ta’zim (JDT) setakat ini terlepas enam perlawanan Portimonense termasuk lima aksi liga dan satu perlawanan Taca de Portugal selepas tiba di negara itu pada awal Oktober lalu.

Tindakan pengendali Portimonense, Paulo Sergio tidak memasukkan Safawi berdepan Nacional sekali lagi mengecewakan peminat di negara ini yang tertunggu-tunggu penampilan pertama pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Malah, sama seperti sebelum ini, pelbagai komen ditinggalkan peminat di laman sosial kelab Portimonense walaupun perlawanan itu belum berakhir.

Safawi Rasid masih lagi belum berpeluang untuk membuat penampilan sulungnya, Sama2
Kita nantikan perlawanan akan datang

 41 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?