Safawi Rasid Berjaya Menggegarkan Gawang Shandong Luneng FC Dengan Jaringan Cantik

2019 AFC CHAMPIONS LEAGUE | 9 APRIL 2019

SHANDONG LUNENG FC [2-1] JDT

(Marouane Fellaini 30′ / Graziano Pellè 37′(pen)

(Safawi Rasid 59′)

?? Safawi Rasid berjaya menggegarkan gawang Shandong Luneng FC dengan jaringan cantik. Biarpun Johor Darul Ta’zim memberikan asakan namun tidak berjaya membawa pulang 3 mata dalam saingan #ACL2019 setelah tewas 2-1.

Shandong Luneng FC akan bertandang ke Stadium Tan Sri Dato’ HJ Hassan Yunos, Larkin pada 24 April nanti. Semoga JDT bangkit di tempat sendiri!

Watch Marouane Fellaini & Graziano Pellè secure Shandong Luneng a 2-1 win over JOHOR Southern Tigers! Along with a Safawi Rasid screamer!

Video:-

Shandong menang tipis ke atas JDT

KUALA LUMPUR: Jaringan dua bekas bintang Liga Perdana Inggeris, Marouane Fellaini dan Graziano Pelle pada babak pertama sudah cukup untuk Shandong Luneng FC menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-1 di Stadium Olimpik Jinan, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Benjamin Mora kekal di kedudukan tercorot Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas hanya mengumpul satu mata daripada tiga perlawanan.

Kekebalan kubu JDT hanya bertahan setengah jam apabila Fellaini yang juga bekas pemain Manchester United menanduk masuk bola sepakan penjuru Hao Junmin.

Tujuh minit kemudian, kedudukan itu berubah lagi apabila bekas pemain Southampton, Pelle menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan Aidil Zafuan Abd Radzak.

JDT bagaimanapun berjaya merapatkan jurang hasil jaringan jarak jauh yang menarik daripada Safawi Rasid pada minit ke-59.

Skuad Harimau Selatan melakukan beberapa perubahan termasuk membawa masuk Akhyar Rashid dan Syafiq Ahmad namun gagal mengubah keputusan itu.

Peluang terbaik untuk JDT menyamakan kedudukan hadir pada masa kecederaan menerusi sepakan percuma Gonzalo Cabrera yang sekadar menggegar palang gol.

Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 24 April ini.

Sumber : Berita Harian

CARTA KEDUDUKAN LIGA JUARA-JUARA AFC 2019 – KUMPULAN E

Layari http://acl.johorsoutherntigers.com.my

Sumber : JOHOR Southern Tigers

Gol seakan Sama yg membezakan sepakan percuma, Gol Jaringan Safawi Rasid pada Aksi B23 25 March 2019 tempohari

‪Pasukan B23 Malaysia yang mencatatkan kemenangan kedua dengan menumpaskan Laos 1-0 di Stadium Shah Alam untuk menduduki tempat kedua di Kumpulan J Kelayakan Piala AFC B23 2020.‬

Sepakan percuma di minit 81 cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 buat negara untuk saingan AFC B-23 tahun

Komen Anda?