Safawi Kembali Ke Johor, Akan Beraksi Untuk JDT Dalam Liga Malaysia 2021

Safawi kembali ke JDT musim depan

Safawi Rasid di bilik persalinan kelab Portimonense SC di Portugal. - Foto ihsan FB Portimonense SC.
Safawi Rasid di bilik persalinan kelab Portimonense SC di Portugal. – Foto ihsan FB Portimonense SC.

KUALA LUMPUR: Bintang muda skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Perkara itu diumumkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika wawancara bersama sebuah stesen televisyen swasta, hari ini.

“Saya rasa Safawi akan kembali, jadi Safawi akan bersama JDT tahun 2021. 100 peratus (sah),” kata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Safawi kini bersama kelab Portugal, Portimonense SC selepas dipinjamkan dari JDT selama semusim.

Bagaimanapun, Safawi yang menyertai kelab itu sejak Oktober lalu masih belum diberi peluang untuk tampil buat kali pertama bersama skuad utama skuad berkenaan.

Jikalau kita sentiasa melontarkan batu kepada setiap anjing yang menyalak, kita tidak akan sampai ke destinasi kita. Pekakkan telinga.Jalan Terus

Daulat Tuanku
Komen Anda?