fbpx

Sabah Mengesahkan Kejuaraan Liga Perdana Musim Ini Selepas Menundukkan UiTM FC 2-1

Tahniah kepada Sabah FA,

SABAH FA SAH? JUARA LIGA PREMIER 2019!

UITM [1-2] SABAH FA

(Zarko 31′) (Paunovic 57′) (Mendes 66′ )

Sabah juara Liga Perdana

SHAH ALAM: Sabah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas menundukkan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah mengumpul 40 mata selepas 18 perlawanan, tujuh mata mengatasi Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di kedudukan kedua.

Skuad kendalian Jelius Ating yang sudah mengesahkan tempat ke Liga Super pada Jumaat lalu dinobatkan juara susulan JDT II yang berbaki satu perlawanan lagi sudah tidak mampu untuk mengejar kelebihan perbezaan tujuh mata yang dimiliki Sabah.

Sabah bagaimanapun tidak berdepan laluan mudah sebelum meraih kejuaraan itu apabila mereka ketinggalan pada minit ke-31 hasil sepakan percuma pemain import UiTM, Zarko Korac.

Pelawat terpaksa menunggu hingga minit ke-57 untuk menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Rodoljub Paunovic selepas bola terkena tangan pertahanan UiTM.

Aguinaldo muncul wira Sabah apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-66 selepas menanduk masuk bola sepakan penjuru Ricco Milus untuk mengesahkan kejuaraan liga milik skuad Tambadau.

Sumber : Berita Harian

Tahniah pasukan Sabah FA! Selepas penantian 23 tahun.???

Suasana kejayaan pemain dan pegawai Sabah sebaik menang 2-1 ke atas UITM FC sebentar tadi di Stadium UITM Shah Alam sekaligus mengesahkan kejuaraan Liga Premier 2019 dan menamatkan penantian 23 tahun meraih trofi di persada Liga Malaysia.

Ikuti juga wawancara bersama ketua jurulatih, Jelius Ating bersama media MFL.

Komen Anda?