Sabah FC Tewas Kepada JDT Di Stadium Likas

Perlawanan TM Piala Malaysia, Sabah FC selaku tuan rumah yang melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada JDT selepas menewaskan Sabah 1-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Likas sebentar tadi.

Penjaga gawang Sabah FC, Damien Lim menjadi pemain paling sibuk pada babak pertama selepas cemerlang menafikan beberapa peluang terbaik JDT yang bermula seawal minit ketiga menerusi Bergson da Silva dan minit ke-26 selain percubaan Arif Aiman Hanapi (minit ke-14).

Gol JDT hadir pada minit ke-33 menerusi Arif Aiman yang sempat ‘bergelek’ melepasi kawalan pertahanan Sabah FC sebelum melepaskan ledakan jauh yang menewaskan Damien untuk gol pertama pelawat.

Arif Aiman Hanapi melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti untuk gol pembukaan di Kota Kinabalu!

Bersambung babak kedua, JDT terlepas peluang menambah jaringan apabila hantaran menarik Arif pada minit ke-48 gagal disambar dengan tepat Fernando Forestieri.

Bergson terus dikecewakan pada minit ke-58, kali ini selepas sepakan penalti yang diambilnya berjaya dibaca dengan tepat oleh Damien yang melayangkan badannya ke sebelah kanan gawang gol untuk menafikan gol kedua JDT.

JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanannya, Muhammad Feroz Baharudin dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-72 meskipun melakukan terjahan bersih ke atas Saddil Ramdani.

Kelebihan itu tidak cukup untuk membantu skuad Badak mendapatkan gol penyamaan dan kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Perlawanan separuh akhir kedua pada 20 november ini di Stadium Sultan Ibrahim

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?