Sabah FC meraih tiga mata penuh hasil jaringan Baddrol Bakhtiar (2 gol), Jackson dan Stuart Wilkin, manakala T. Saravanan dan Hilal El-Helwe menyumbang gol Penang FC.
KEPUTUSAN MASA PENUH β LS9#LigaSuper2022 pic.twitter.com/3AvYgZ1hrd
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) May 17, 2022
Sabah berpesta di laman Penang
Sabah FC mendaki tangga kedua Liga Super selepas membenam Penang FC 4-2 di Stadium Bandaraya, malam ini.
Di petik dari Laman Berita Harian, Sang Badak bermula cemerlang dengan kapten, Baddrol Bakhtiar meletakkan pasukannya di hadapan hasil tandukan rendah selepas menerima umpan dari sebelah kiri pintu gol tuan rumah dibantu gerakan cantik penyerang, Saddil Ramdani pada minit ke-22.
Sebelum itu, memasuki minit ke-15 perlawanan, sekurang-kurangnya empat percubaan ditujukan tepat ke arah gawang gol Sabah dengan dua daripadanya hampir sahaja membuahkan hasil melalui sepakan kencang pemain tengah, Muhamad Faizat Ghazali namun nasib tidak menyebelahi pasukan tuan rumah.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee terus melancarkan serangan demi serangan dalam percubaan mencetak gol dengan Penang kelihatan bertungkus-lumus memperkemaskan benteng pertahanan sebelum penyerang veteran Sang Badak, Amri Yahyah dilayangkan kad kuning pada minit-38.
Babak kedua pertempuran menyaksikan skuad Harimau Kumbang bangkit menjaringkan gol penyamaan selepas pemain tengah, T Saravanan menyudahkan percubaan awal oleh rakan sepasukannya, Casagrande selepas menerima hantaran daripada pemain tengah, Endrick dos Santos pada minit ke-52.
Sokongan Anda Memberi Setiap Pemain Semangat Yang Luar Biasa – TMJ
Tidak menunggu lama bekas pemain pertahanan kelab terkemuka di Brazil iaitu Sao Paulo, Jackson de Souza menjaringkan gol kedua Sang Badak pada minit ke-58 sebelum Baddrol sekali muncul sebagai hero pasukan dengan mencetak gol ketiga Sabah pada minit ke-60.
Pemain import kelahiran England, Stuart John menambah derita skuad Harimau Kumbang dan membuatkan pasukan tuan rumah seakan-akan hilang punca selepas menjaringkan gol keempat buat Sabah pada minit ke-66.
Penang ternyata tidak mudah mengalah dan terus mengasak benteng pasukan pelawat sebelum penyerang import dari Lubnan, Hilal El-Helwe berjaya menghadiahkan gol kedua pasukan itu pada minit ke-76. Sumber : Berita Harian
π KEDUDUKAN β LS9
π KEDUDUKAN β LS9#LigaSuper2022 pic.twitter.com/FcMZd2X8nQ
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) May 17, 2022
- Sepak Mula Liga Malaysia Pada Waktu Petang, MFL Kaji Cadangan
- Dua Gol Ifedayo Omosuyi Bantu Melaka Tewaskan Selangor FC
- Skuad B-19 Negara Memulakan Kempen Kejuaraan AFF B-19 Dengan Langkah Kanan
- Lukisan Mural Elemen Sejarah Naik Imej Bandar Maharani, Muar
- Sasar 3 Mata Penuh Berdepan Kemboja, Skuad B-19
π KEDUDUKAN β LP7
π KEDUDUKAN β LP7#LigaPremier2022 pic.twitter.com/R66vYpr45f
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) May 17, 2022
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.