Sabah FC berjaya mencuri 3 mata di Paroi selepas menewaskan NSFC dengan jaringan 1-0. Perlawanan agak seimbang tapi tandukan Park Tae-Su pada minit ke-62 mengecewakan penyokong tuan rumah.
πΈ AKSI PERLAWANAN LS12
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 3, 2022
NEGERI SEMBILAN FC 0-1 SABAH FC#LigaSuper2022 pic.twitter.com/UruJ5jIaPi
Sabah FC raih tiga mata di Paroi
Pasukan Sabah FC merampas kedudukan kedua Liga Super daripada Negeri Sembilan FC selepas pertembungan kedua-dua pasukan malam ini memihak kepada skuad Sang Badak itu dengan keputusan 1-0.
Perlawanan berlangsung rancak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan serta mempunyai beberapa peluang terhidang.
Gol pelawat hadir pada babak kedua iaitu pada minit ke-61 menerusi tandukan pemain tengah, Park Taesu sekali gus menewaskan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed di gawang Negeri Sembilan.
62' GOL | Park Tae-su memecahkan kebuntuan di Paroi!@nsfc1923 0-1 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/QMVjRsNlTG
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 3, 2022
Tersentak dengan jaringan berkenaan, tuan rumah membuat beberapa pertukaran pemain bagi mencari gol penyamaan termasuk mengeluarkan dua orang pemain import mereka.
Bagaimanapun, Sabah FC kental mempertahankan gawang mereka sehingga tamat perlawanan sekali gus meraih tiga mata berharga di gelanggang lawan.
Selepas 10 perlawanan, Sabah FC kini mengutip 22 mata hasil tujuh kemenangan dan sekali seri.
Negeri Sembilan FC yang kini telah mengharungi 12 perlawanan kekal dengan 20 mata namun, terpaksa akur turun ke tangga ketiga liga.-UTUSAN ONLINE
π KEDUDUKAN β LS12
π KEDUDUKAN β LS12#LigaSuper2022 pic.twitter.com/00QeQW9CSc
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 3, 2022
Johor Darul Taβzim akan bertemu Sabah FC pada 15 Julai Ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu
JOHOR DARUL TA'ZIM FC FIXTURES β JULY
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 1, 2022
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/FmfxnIsDnp
- Kedah, Sabah Terikat Di Darul Aman
- Dua Jaringan Terengganu FC Di Separuh Pertama Kekal Sehingga Tamat
- Sarawak United & PJ City Terpaksa Akur Berkongsi Mata
- Satu Lagi Gol Liga Malaysia Dihantar Untuk Cadangan Pencalonan Anugerah Puskas
- Stadium Nasional Bukit Jalil Venue Final Piala FA 2022