Saat Pembukaan Semula Sempadan Malaysia-Singapura

Tepat jam 12 tengah malam tadi, Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik dan antara yang ditunggu-tunggu ramai adalah pembukaan sepenuhnya pintu sempadan negara.

Rakyat Malaysia itu yang kebanyakannya bekerja di republik berkenaan dan sudah lama tidak pulang ke tanah air disebabkan penutupan pintu sempadan, menjadi antara kumpulan pertama dan terawal merentas sempadan darat itu.

Barisan panjang sudah terbentuk di pusat pemeriksaan Woodlands antara Singapura dan Malaysia seawal 9 malam semalam mengikut sumber.

Meriah suasana di Woodlands.
Para penunggang motorsikal menunggu detik 12 tengah malam tadi untuk melintasi sempadan ke Malaysia. Foto kredit: Woodland page

Penduduk kedua-dua sempadan Malaysia dan Singapura yang lengkap vaksin bersedia untuk melepasi sempadan buat kali pertama dalam 2 tahun tanpa memerlukan aplikasi VTL atau kuarantin.

Sempadan antarabangsa antara kedua-dua negara secara rasminya dibuka semula pada 1 April 2022, tepat jam 12.00 tengah malam tadi.

Kepada rakyat Malaysia, selamat kembali ketanah air.

Sebahagian daripada ribuan rakyat Malaysai itu berjalan kaki manakala yang lain menaiki motosikal serta kereta dari Woodlands Checkpoints ke Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar.

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri…

Rakyat Malaysia yang berjalan kaki dari Singapura menyanyikan lagu Negaraku sebagai pembakar semangat kembali ke tanah air ketika menunggu sempadan dibuka di tengah-tengah Tambak Johor pagi ini

Selamat memandu & bertemu keluarga yang tersayang di Tanah Air. Semoga dipermudahkan urusan kalian semua 🤲🏻❤️

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?