R&R Dusun Panti, Jom Kita Review Skit…

Pada 4 Dis Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Baginda Tuanku Sultan menikmati santapan pagi di R&R Dusun Panti, Kota Tinggi, Sebelum ini Tuanku pernah berkunjung ke Kedai ini pada 25 Nov yang lepas.

Apa yang menariknya R&R Dusun Panti nie… jom kita review skit….

Photo by R&R Dusun Panti

Tempat makan yang bukan sahaja menyajikan makanan yang enak dan kena dengan citarasa malah berpatutan juga harganya?

Setiap pagi, pastinya kedai ini akan dipenuhi dengan penduduk kampung dan juga pelancong yang datang hanya untuk merasai.

Photo by R&R Dusun Panti

Terletak di Tengah2 antara mersing dan johor. Kedai ini menyajikan makanan sarapan pagi seperti Lontong, nasi lemak, mee goreng, Kuih muih ala kampung dan juga menu tengah hari Asam pedas ikan baung sungai… Wow menarikkan… Kedai ini dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 ptg.

Selain itu juga Untuk memenuhi keselesaan para pengunjung, RR Dusun Panti telah menyediakan pelbagai kemudahan, selain memastikan para pengunjung dapat menikmati keindahan alam semulajadi dengan tenang…… ala2 suasana perkampungan. Antara kemudahan yang telah disediakan Surau, Tandas, Taman Permainan Kanak-kanak dan tempat letak kereta yang luas..

Photo by R&R Dusun Panti

Aktiviti menunggang motosikal secara berkonvoi memang menyeronokkan apatah lagi bersama rakan yang ‘satu kepala’. Biasanya aktiviti ini dilakukan bukan saja sebagai terapi ketenangan minda sambil menghayati keindahan pemandangan sepanjang perjalanan malah mengeratkan hubungan antara mereka.

Photo by R&R Dusun Panti
Kedai Serbaneka

Cuba bayangkan anda memasuki sebuah kedai makan dan mendapati ada pelbagai jenis barangan umpama 7E di dalam kedai tersebut. Tentu seronokkan…

Photo by R&R Dusun Panti
Photo by R&R Dusun Panti

Mengikut kata Tuanku baru-baru ini…

Photo by R&R Dusun Panti

“Makanan di sini semua sedap, saya tiada apa-apa hendak dikomen, hari ini saya datang lagi buat kali kedua, dan menikmati sarapan lontong, nasi lemak dan karipap,” Titah DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Baginda Tuanku Sultan menikmati santapan pagi di R&R Dusun Panti, Kota Tinggi sewaktu Baginda dalam perjalanan ke Mersing pada (5 Disember).

Menerusi laman sosial, rata-rata netizen memuji cara baginda selain menyifatkan Sultan Johor sebagai ‘Sultan Berjiwa Rakyat’.

Photo by R&R Dusun Panti
Daulat Tuanku

Untuk pengetahuan anda Lokasi R&R Dusun Panti terletak di Koperasi Kakitangan Felcra (M) Berhad, Koop Negara, Institut No 9, Km 30, Jalan Kota Tinggi Mersing, 81900 Kota Tinggi, Johor. Selain itu boleh tengok Google Maps https://goo.gl/maps/xTX3seAgv1TFiVG97

Merafak sembah menjunjung kasih berbesar hati menerima kedatangan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, mencemar duli sekali lagi singgah menikmati lontong, nasi lemak dan karipap di R&R Dusun Panti yang diuruskan oleh Koperasi Kakitangan Felcra (KKF).

Selepas makan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah air terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti.

Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti dan Gunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi yang unik di seluruh dunia.

 35 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?