Road Tour VISIT JOHOR 2020 Bermula

ROAD TOUR VISIT JOHOR 2020 BERMULA!

Majlis Flag Off Road Tour Visit Johor 2020 yang berlangsung pagi tadi telah disempurnakan oleh YB Cik Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Johor di Bangunan JOTIC, Johor Bahru.

Turut hadir sama YB Dato’ Haji Adib Azhari bin Daud, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru serta wakil dari Tourism Malaysia Wilayah Selatan, wakil MOTAC Johor, Pengerusi MATTA Chapter Johor, Pengerusi MCTA Johor serta Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Johor (JTGA).

Majlis ini sebagai simbolik bermulanya atau “kick-off” bagi mewujudkan kesedaran tentang industri pelancongan negeri Johor terutamanya pasaran domestik. Turut dimeriahkan dengan sokongan Persatuan Kebajikan Tuan Punya dan Pemandu Teksi Senai Airport serta Persatuan Pemandu Teksi Lebuh Bahtera Iskandar Puteri.

Persatuan-persatuan Teksi Negeri Johor sebagai duta kecil pelancongan yang merupakan barisan hadapan turut sama memberi sokongan dan membantu bagi mempromosikan Visit Johor 2020.

Persatuan-persatuan Teksi Negeri Johor sebagai duta kecil pelancongan yang merupakan barisan hadapan turut sama memberi…

Posted by Tourism Johor on Jumaat, 7 Februari 2020

Sumber : Tourism Johor