Restoran mewah milik chef selebriti terkenal dari Turki, Nusr-Et atau lebih dikenali sebagai Salt Bae menjadi trending di Internet selepas caranya menabur garam ke atas daging stik menjadi viral.
Melalui perkongsian oleh media JOHOR Southern Tigers, skuad JDT kelihatan menikmati makan malam di Restoran Nusr-Et Steakhouse Dubai.
Dining in style at Nusr-et Dubai
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 26, 2022
More photos at https://t.co/6dfuSkIiSS#JDT #SaltBae#Preseason#JDTInDubai#JDTDoingJDTThings#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/ZxW0AF2Whp
Turut bersama dengan pemain dan staf JDT di restoran itu adalah DYAM Tunku Ismail (TMJ) bersama isterinya, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam.
Sebagai rekod, JDT kini berada di Dubai sebagai persiapan pra-musim menjelang musim Liga Super 2022 yang bakal bermula hujung Februari nanti.
Satu perlawanan pra musim yang dilalui setakat ini berakhir dengan seri 2-2 menentang MSK Zilina.
JDT dijadualkan berhadapan pasukan kedua yang terkini dikemaskini menentang Shabab Al Ahli (UAE) pada 27 Januari 2022 ini jam 8.15 malam waktu malaysia.
JDT PRESEASON MATCH SCHEDULE IN DUBAI
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 26, 2022
We have another International Club Friendly added to our schedule! pic.twitter.com/zG7SPmTRka