fbpx

Remaja Hilang Selepas Singgah Di Masjid Ditemui Dalam Keadaan Lemah

Apa yang terjadi sebenarnya.??

Remaja Hilang Selepas Singgah Di Masjid Ditemui Dalam Keadaan Lemah

Remaja lelaki berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang selepas singgah di Masjid Al-Taufiqiah, Kampung Chuar, Kati di Kuala Kangsar ditemui dalam keadaan lemah dan cedera ringan dibahagian kepala.

Mangsa, Muhamad Izzudin Syuib ditemui di sebuah hentian bas di Sauk kira-kira 4 kilometer dari lokasi masjid.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk ujian kesihatan sebelum soal siasat dilakukan ke atasnya.

Punca kehilangan masih dalam siasatan dan difahamkan remaja berkenaan dipercayai masih dalam keadaan terkejut.

Terdahulu, mangsa bersama dua lagi rakannya dalam perjalanan dari Baling, Kedah menuju ke Kuala Lumpur sebelum singgah di masjid berkenaan untuk solat Maghrib pada malam semalam.

Mangsa dikatakan pergi ke bahagian belakang masjid sebelum disedari hilang oleh rakannya ketika masuk waktu Isyak.

Dua rakan mangsa telah berusaha mencari di kawasan sekitar termasuk di gerai makan berhampiran namun gagal menemui remaja tersebut.

Usaha mencari turut dilakukan dengan bantuan penduduk kampung sebelum menemui sepasang selipar yang dipercayai dipakai mangsa ketika ke tandas masjid itu kira-kira jam 11.30 malam.

Kira-kira jam 12.00 tengah malam, pencarian di kawasan parit berselebahan masjid menemukan pengecas telefon bimbit yang disahkan rakannya sebagai kepunyaan mangsa kira-kira 500 meter dari lokasi selipar ditemui.

Komen Anda?
Related Post
Keluarga Nora Anne Quoirin Menzahirkan Ucapan Terima Kasih Kepada Semua Pihak

Bersimpati dengan apa yang berlaku dan ingin Mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang atas musibah Read more

Muncul Kali Pertama Di Hadapan Petugas SAR, IbuBapa Nora Anne Ucap Terima Kasih

VIDEO PILIHAN: UCAPAN PENGHARGAAN IBU NORA ANNE KEPADA PASUKAN SAR Ibu kepada kanak-kanak warga Ireland Read more

Dua Pelancong Singapura Hilang Ketika Berkayak Di Perairan Mersing

Pelancong berkayak hilang DUA pelancong Singapura hilang ketika berkayak dengan sekumpulan 15 rakan di perairan Read more

Kehilangan Cetus Tanda Tanya, Terima Kasih Bantu Cari Nora Anne

HEBAHAN KANAK-KANAK HILANG Mohon bantuan untuk kongsikan posting ini. Bantu kami kesan adik Nora Anne Read more