Ranhill SAJ Hantar Bantuan Lori Tangki Ke Air Selangor

KENYATAAN MEDIA: RANHILL SAJ HANTAR BANTUAN LORI TANGKI KE AIR SELANGOR

JOHOR BAHRU: Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) hari ini menghantar 10 buah lori tangki air bagi membantu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengagih bekalan air bersih ke kawasan- kawasan yang terlibat susulan pencemaran sumber air yang berlaku di Sungai Gong, Selangor sejak kelmarin.

Bantuan lori tangki air terbabit dijangka bergerak bermula lewat malam ini. Ranhill SAJ akan bersama rakan-rakan di Air Selangor dalam pengagihan air ke kawasan yang terjejas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Nor Ifuan Md Nor berkata, “ Ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial dan persefahaman yang dilakukan sesama operator bekalan air di seluruh negara. Semoga usaha yang dilaksanakan ini mampu membantu pihak Air Selangor dalam menangani masalah bekalan air tersebut,”.

Menurut laporan Air Selangor, gangguan bekalan air membabitkan hampir 1.2 juta akaun di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang dijangka berterusan sekurang-kurangnya empat hari lagi. Ia berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang hanya boleh kembali beroperasi jika tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON.

Sementara itu, sejak 31 Ogos lalu Ranhill SAJ sudah pun menhantar bantuan sebanyak empat lori tangki air kepada pihak Air Kelantan Sdn Bhd (Air Kelantan) bagi menangani krisis gangguan bekalan air ekoran kerja kecemasan pembaikan paip air mentah bersaiz 1,100 mm yang pecah.

KENYATAAN MEDIA: RANHILL SAJ HANTAR BANTUAN LORI TANGKI KE AIR SELANGORRanhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) hari ini…

Posted by Ranhill SAJ – Setitis Yang Bermakna on Jumaat, 4 September 2020

Terbaik Ranhill SAJ. Antara syarikat utiliti air yg sering menawarkan bantuan pd negeri2 lain jika ada musibah melanda. Semoga Allah merahmati & memberkati usaha murni Ranhill SAJ.

Komen Anda?