Ranhill SAJ Bersama Dalam Misi Bantuan Bekalan Air Di Negeri Terengganu

RANHILL SAJ BERSAMA DALAM MISI BANTUAN BEKALAN AIR DI NEGERI TERENGGANU

Ranhill SAJ telah menghantar 3 buah lori tangki pada 4 Ogos 2021 yang lalu untuk membantu pihak Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam menghadapi gangguan bekalan air diluar jangka disebabkan berlakunya paip pecah di daerah Kuala Nerus, Terengganu.

Masalah air Kuala Nerus pulih seminggu lagi

Kuala Terengganu: Krisis bekalan air di kawasan Kuala Nerus dijangka akan berakhir seminggu lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastrukur Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh berkata, Syarikat Air Terengganu (SATU) melaksanakan pelan pembaikan segera selepas mengenal pasti kerosakan pada paip di dasar Sungai Terengganu.

“Paip di dasar sungai bersaiz 1200 milimeter mengalami kerosakan serius dan pembaikan dijangka mengambil masa selama tujuh hari.

“Pembaikian paip itu menggunakan kaedah ‘clamp’ dan ia jalan penyelesaian paling cepat serta menjimatkan masa.

“Operasi loji Bukit Berapit di bawah Projek Kuala Terengganu Utara yang dijangka bermula dua minggu lagi turut menjadi alternatif lain bagi membantu menyelesaikan krisis berkenaan,” katanya ketika sidang media di Pejabat SATU di sini, hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu, Ahli Lembaga Pengarah SATU, Burhanudin Hilmi Mohd @ Harun dan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Wilayah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Ir Azrul Raimee Ramli.

Mamad berkata, SATU sudah memulakan operasi pengagihan air bersih ke kawasan terbabit termasuk dengan melakukan penghantaran lori tangki bergerak dan menyediakan tangki statik. 

“Bagi memastikan orang awam mendapat bekalan air sehingga proses pembaikian selesai sebanyak 20 unit lori tangki disediakan dan bergerak setiap masa.

“Operator air negeri melalui SPAN termasuk Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Air Kelantan (AKSB), Lembaga Air Perak (LAP), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Johor (SAJ), Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) selain Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan membantu membekalkan air kepada penduduk terjejas,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 66 tangki statik juga ditempatkan di lokasi terlibat bagi memudahkan pengguna untuk mengambil bekalan air dari semasa ke semasa. “Penambahan sebanyak 34 tangki akan dibuat segera dan ditempatkan secara berperingkat.

“Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertatkan (PKPD), kami akan cuba mendapatkan sedikit kelonggaran untuk memudahkan bekalan air disalurkan kepada penduduk terjejas di kawasan berkenaan,” katanya.

Komen Anda?