Rakyat Johor – Sekarang Adalah Masa Untuk Kita Bersama

RAKYAT JOHOR – SEKARANG ADALAH MASA UNTUK KITA BERSAMA

Hari ini Malaysia sedang bersedih. Sebagai anak Johor Darul Ta’zim secara khusus turut simpati dengan negeri ini apabila terdapat ramai mangsa dari negeri ini dan dikejutkan berita di Simpang Rengam terdapat perintah kawalan yang lebih ketat diperintahkan ke atas dua kampung di situ.

Tetapi yang lebih menyedihkan lagi ada segelintir netizen yang cuba mencari salah Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Mencari di mana kelibat baginda sewaktu krisis pandemik ini sedang berlaku.

Tahukah anda?

  1. TMJ adalah seorang putera raja yang tidak suka menunjuk-nunjuk apabila baginda melakukan kebaikkan kepada rakyatnya.
  2. Ya, TMJ agak kelihatan angkuh secara luaran. Tetapi perlu diingat.. “Respect is for those who deserve it, not for those who demand it”.
  3. TMJ sentiasa mengambil berat dengan isu-isu rakyatnya apabila baginda antara orang yang pertama memberi sumbangan peribadi kepada mangsa samada secara terus atau pun melalui pejabat-pejabat daerah. Baginda sudah pun menyalurkan bantuan kepada barisan hadapan petugas, pelajar dan mangsa-mangsa yang terlibat dengan krisis Covid-19 baru-baru ini.
  4. Ramai yang menyangka TMJ seperti tidak ambil kisah dengan isu rakyat apabila melihat TMJ selalu memuatnaik IG story sedang bergembira dan santai. Tetapi bukankah itu salah satu cara baginda memberitahu rakyat semua jangan panik kerana setiap masalah boleh diselesaikan apabila kita tenang.
  5. Dan yang paling akhir, perlu diingat TMJ bukanlah seorang ahli politik yang perlu menunjukkan kebaikan di media sosial demi memancing undi kesetiaan. TMJ setia dibawah panji negeri Johor dan rakyat Johor itu adalah amanah yang menjadi nadi tanggungjawab baginda hingga akhir hayat.

Allah Peliharakan Sultan

RAKYAT JOHOR – SEKARANG ADALAH MASA UNTUK KITA BERSAMAHari ini Malaysia sedang bersedih. Sebagai anak Johor Darul…

Posted by Harimau Selatan on Khamis, 26 Mac 2020