Raja Permaisuri Agong Berkenan Menyampaikan Piala Malaysia 2019 Kepada Kapten Johor Darul Ta’zim

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan Piala Malaysia 2019 kepada Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) Hariss Harun pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia menentang Kedah Darul Aman di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Tahniah JDT!

Usaha gigih para pemain bolasepak pasukan JDT ternyata berhasil setelah menjuarai perlawanan akhir Piala Malaysia dengan mengalahkan pasukan Kedah.

Sudah tentu kemenangan inj menjadi suatu kenangan manis buat Kapten pasukan JDT Hariss Harun kerana KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sendiri telah berkenan menyampaikan piala tersebut.

Semoga pasukan Kedah tidak berputus asa dan mencuba lagi di musim yang akan datang.

#houseofpahang #pahang #permaisurikita #pialamalaysia #kedah #johor #jdt #pahangxjohor

Perlawanan akhir Piala Malaysia itu diserikan dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah AminahMaimunah Iskandariah.

Turut berangkat Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah,Sultanah Maliha Tengku Ariff serta turut disaksikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan PresidenPersatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Facebook Comments