Raih 1.6 Juta Tontonan Di Youtube Unifi Dalam Aksi JDT Lawan Penang FC

Perlawanan tempohari yang melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim berjaya mencatat 1.6 juta tontonan menerusi siaran langsung di platform YouTube unifi.

Ia dimaklumkan menerusi media sosial Twitter rasmi Kelab bola Sepak Johor Darul Ta’zim.

Aksi separuh akhir antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang FC merupakan antara perlawanan yang paling dinantikan bukan sahaja penyokong kedua-dua pasukan tetapi seluruh peminat bola sepak tanah air.

Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke pentas final selepas membelasah Penang FC 6-1 pada aksi separuh akhir Piala FA.

AKSI JDT DAN PENANG FC RAIH 1.6 JUTA TONTONAN DI YOUTUBE UNIFI

Perlawanan separuh akhir Piala FA antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 5 Ogos telah menerima 1.6 juta tontonan menerusi siaran langsung di platform YouTube unifi.

Angka ini adalah yang tertinggi melibatkan perlawanan JDT dalam Piala FA dan angka ini juga tidak termasuk jumlah tontonan di platform unifi TV. Luaskan Kuasamu Johor.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?