Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Jantung Negara (IJN) Mobil di SMK Felcra Bukit Kepong, Pagoh

Tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Jantung Negara (IJN) Mobil di SMK Felcra Bukit Kepong, Pagoh

20 Jun 2021 (Ahad) Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV IJN Mobil di SMK Felcra Bukit Kepong, Pagoh yang beroperasi bermula 19 Jun hingga 21 Jun 2021. PPV IJN Mobil yang beroperasi sejak semalam, merupakan PPV IJN Mobil yang pertama terdapat di Malaysia dan Negeri Johor merupakan destinasi pertama PPV IJN Mobil ini sebelum bergerak ke negeri-negeri lain.

Photo by MKN Negeri Johor

Seramai 37 orang petugas kesihatan IJN yang terdiri daripada Doktor Pakar, Jururawat dan Pegawai Sokongan Kesihatan turut serta dalam pengoperasian PPV IJN Mobil yang menyasarkan seramai 1,500 orang penerima vaksin warga emas dan OKU di kawasan Bukit Kepong dan sekitarnya.

Sebanyak 1 unit bas dan 1 unit treler yang dilengkapi dua (2) ruang vaksinasi dan satu (1) ruang ICU ditempatkan di PPV IJN Mobil di SMK Felcra Bukit Kepong, Pagoh.

Seramai 600 orang dijangka akan menerima vaksin di PPV IJN Mobil pada hari ini.

Photo by MKN Negeri Johor

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah Muar, Pejabat Kesihatan Daerah Muar, APM, RELA, Southern Volunteers dan Warga SMK Felcra Bukit Kepong.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di daerah Muar.

Ayuh rakyat Johor. Marilah mendaftar bagi mendapatkan vaksin bagi yang belum mendaftar. Ke arah #ImunitiKelompok dengan segera! Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Sumber : MKN Negeri Johor

Komen Anda?