Pusat Kuarantin Dan Rawatan COVID-19 Di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang

PKRC JOHOR: HARI PERTAMA

PASIR GUDANG, 10 Februari – Petugas-petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bersiap sedia untuk menerima kumpulan pertama pesakit positif COVID-19 pada hari pertama pengaktifan Pusat Kuarantin Dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, pada hari ini.

Foto oleh Najib Mohaini, Jurufoto Penerangan Malaysia

PKRC ini yang mampu menampung sehingga 1,200 orang pesakit berjaya disiapkan dengan bantuan pelbagai sukarelawan khususnya dari persatuan-persatuan belia sekitar Pasir Gudang pada hari terakhir persiapan semalam.

Semoga kalian semua sentiasa dalam perlindungan Tuhan dan berada dalam kesihatan terbaik sepanjang tugasan.

Foto oleh Najib Mohaini, Jurufoto Penerangan Malaysia

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan PKRC di talian 07-2553201 atau 07-2523696 untuk keterangan lanjut.

Komen Anda?