PU Azman Halang Sebut ‘Bahenol’, Henti Ikut Perkembangan Si Nopal Tapi Pemilik Animasi Jelas Maksud Sebenar

PENDAKWAH terkenal, Pencetus Ummah (PU) Azman menerusi Instagram meminta netizen berhenti menyanyikan lagu Si Nopal yang tular di media sosial.

Menurut PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, beliau dimaklumkan bahawa perkataan ‘bahenol’ yang disebut dalam lagu animasi dari Indonesia itu membawa maksud tidak baik.

“Beberapa hari lepas, saya antara personaliti yang memporpulakan lagu Bahenol. Tapi selepas mendapat maklumat daripada netizen dan membuat beberapa rujukan, saya dapati ia membawa maksud lucah,” katanya.

PU Azman turut memohon maaf kerana memuat naik video berkaitan animasi Si Nopal

Animasi Si Nopal menjadi tular di laman sosial khususnya lagu yang dinyanyikan watak dalam kartun itu ketika mengikuti perkhemahan bersama Si Nopal.

Rata-rata terhibur dengan gelagat animasi itu yang disifatkan agak melucukan.

Maksud Bahenol menerusi carian di laman sesawang Kamus Besar Bahasa Indonesia

Bagaimanapun menurut PU Azman, dia kesal kerana terkena tempias Si Nopal tanpa mengetahui asal usul atau maksud tersirat disebaliknya.

“Saya dah delete video berkaitan Si Nopal, saya mohon maaf kepada netizen dan ingin menyarankan supaya tidak menyebut perkataan dan mengikuti lagi sebarang perkembangan tentang Si Nopal.

“Bahenol bermaksud bentuk badan perempuan yang ghairah dan montok,” katanya.

Sumber : Mstar

Ok lepas nih hanya satu sahaja yang melekat dalam kepala den.

“Semut berkawad satu satu hoora hoore.”

Thank you Pencetus Ummah Azman for ilmu nih. So dah boleh tekan delete kat kotak memory fikiran. Layan ja lah lagu didi dengan naruto. Huhu.

Video:-

Pemilik Animasi Si Nopal Jelaskan Maksud Sebenar ‘Bahenol’ Dalam Video

Sejak dua menjak ini, tular dimedia sosial fenomena ‘Si Nopal’, hingga menyebabkan ramai yang melakukan parodi lagu tersebut.

Namun, terdapat beberapa pihak yang mempersoalkan maksud beberapa perkataan yang diucapkan dalam lagu tersebut, seperti ‘Bahenol’ dan ‘Hiya hiya’, hingga membawa maksud yang tidak baik dan kurang sopan.

Dipetik daripada Instastories pemilik animasi Si Nopal, @si_nopal, maksud sebenar ‘Bahenol’ dalam video tular adalah ‘chubby’.

Mungkin disebabkan perbezaan dialek dan lingua menyebabkan berlakunya kekeliruan maksud kepada lagu tersebut.

Sumber : Era Muzik Hit Terbaik

Macam2 andaian dan maksud dia rupanya..

LAGU SI NOPAL : IBU BAPA MOHON CAKNA!

Baru baru ini Malaysia dikejutkan lagi dengan lagu si Nopal. Nampak sangat rakyat Malaysia hanya membuta tuli mengikut apa yang dianggap seronok sahaja.

Sebelum ini saya ada tulis mengenai Despacito. Sama juga. Lagu ini menjadi kegilaan ramai dari budak-budak sehingga ke mak cik – mak cik yang menari zumba. Lagu yang sarat dengan lucah.

Sekali lagi lagu si Nopal menjadi trending kalangan kanak-kanak hingga dewasa. Saya tak tahu di mana silap kita. Orang kita mudah menerima dan mencedok tanpa melihat apa kandungannya.

Dalam lagu Si Nopal ada perkataan Bahenol. Bahenol ini maksudnya montok dan menghairahkan.

Nah! Amik kau. Ada yang telah memparodikan. Ada juga kalangan artis yang telah memviralkan perihal ini tanpa melihat maksudnya terlebih dahulu. Lebih terus ada cikgu atau Trainer (penyampai motivasi) yang nyanyikan.

Ada beberapa langkah yang boleh ibu ayah ambil peranan. Mengapa ibu ayah? Sebab jika saya cakap cikgu, nanti ada yang kecam saya pula.

Ibu bapa yang paling hampir dengan anak-anak mereka. Antara langkah-langkah yang perlu di ambil;

1. CAKNA dengan apa yang anak kita nyanyikan atau sebutkan. Ambil tahu perihal apa yang sedang viral atau trending kini.

2. CARI maksud perkara baharu yang di sebut sebut atau di nyanyikan oleh anak. Jangan dengar benda sedap dan kelakar terus terima.

3. JELASkan maksud perkataan Baharu itu kepada anak. Sekiranya perkataan itu tak elok di sebut, terangkan sebabnya. Agar anak anak faham dan tidak ulanginya.

Tuan tuan

Anak-anak kita tak tahu apa apa. Apa yang mereka dapat, mereka akan serap. Mereka anggap itu satu keseronokkan. Kitalah yang perlu terangkan.

Guru guru juga perlu ambil berat. Ambil tahu apa yang sedang trending kalangan anak murid kita. Jangan buat bersahaja. Kelak nanti kita akan ketinggalan.

Benar, penggunaan perkataan ini lain tempat lain maksudnya. Tapi apasalah kita ambil langkah berhati hati dan berwaspada.

Ayuh, perhati dan dengar setiap apa perkara baharu yang keluar dari mulut anak-anak kita.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN

GOODBYE PORNOGRAPHY SPEAKERS

Sumber : Mohd Fadhli

Facebook Comments