fbpx

Prototaip Toyota Corolla Altis Kenderaan Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia

Toyota Corolla Altis MPV baharu PDRM

GO Auto Sales Sdn Bhd mempamerkan unit prototaip Toyota Corolla Altis yang bakal menjadi kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) baharu bagi menggantikan model Proton Wira dan Waja.

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Datuk SM Azli SM Nasimuddin berkata, syarikat menjangkakan 100 unit pertama akan dihantar kepada PDRM bagi kegunaan APEC 2020 sebagaimana yang dipertontonkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

“Kami sedang menunggu keputusan terakhir Kementerian Kewangan bagi pembekalan kenderaan itu dan tujuan pameran ini adalah sebagai langkah awal untuk mendapat kelulusan segera bagi kesemua 425 unit MPV itu.

“Ini juga adalah tender kedua diperoleh Go Auto yang mana sebelum ini kami sudah berjaya menghantar 200 unit trak pikap Toyota Hilux untuk PDRM lebih awal daripada yang dijadualkan pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

PROTOTAIP Toyota Corolla Altis untuk MPV PDRM

Setiap unit MPV didatangkan dengan servis percuma selama lima tahun dan dilengkapkan dengan aksesori tambahan khas seperti Sistem Bunyi Lampu Bersepadu (Intergrated Light Sound System) dan Sistem Pengurusan Flit (Fleet Management System), termasuk dilengkapi alat komunikasi radio berfrekuensi tinggi.

Go Auto terbabit secara aktif dalam tender terbuka kerajaan dan swasta ketika ini dan ia adalah sebahagian cabang perniagaan (business diversification) dan fokus utama kepada ‘Special Vehicle’.

PROTOTAIP Toyota Corolla Altis untuk MPV PDRM

Mereka juga adalah pengedar rasmi kenderaan jenama Haval dan Borgward yang menumpukan jualan segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) di negara ini.

“Saingan dalam industri automotif masa kini memerlukan Go Auto bergerak lebih agresif dan kreatif supaya kekal berdaya saing di pasaran,” katanya.

PROTOTAIP Toyota Corolla Altis untuk MPV PDRM
PROTOTAIP Toyota Corolla Altis untuk MPV PDRM

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?