fbpx

Proses Semburan Larutan Garam semasa Pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan

Pesawat C130H milik TUDM dari No 14 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan jalankan operasi pembenihan awan tengahari tadi di sekitar Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong.

Ianya merupakan usahasama dari pelbagai agensi dari Malaysian Meteorological Department, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Bekalan Air WP Labuan selain TUDM.

JABATAN BEKALAN AIR LABUAN SEDIAKAN TIGA TANGKI AIR GARAM UNTUK PEMBENIHAN AWAN.

Jabatan Bekalan Air Labuan menyediakan sekurang-kurangnya tiga tangki air kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk operasi pembenihan awan di Sarawak hari ini.

Pengarahnya Alvin Michael Lo berkata sebanyak 7,200 liter air bersih dicampurkan dengan 32 guni garam disediakan kakitangan jabatan itu untuk kegunaan pembenihan awan.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak juga mengumumkan pesawat TUDM sudah berlepas dari Labuan ke Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong di Sarawak untuk operasi pembenihan awan bagi mengurangkan jerebu di kawasan terbabit.

Komen Anda?
Related Post
Majlis Perasmian, Dapatkan Pas Masuk Zon A Dan Zon B Percuma Bermula Hari Ini

Ayuh beramai-ramai kita meriahkan detik bersejarah Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada 22hb Februari 2020. Read more

Masih Tercari-Cari Cenderahati Untuk Majlis Anda Nanti? Jangan risau, Gardenia Ada!!!

Setiap kali dapat jemputan kahwin, selain nak tengok wajah pengantin tetamu juga tak sabar nak Read more

Rumah Baru Harimau Selatan

Melihat semula gambar ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja merasmikan Majlis Read more

Salam Takziah Buat Ahli Keluarga Pengasas Kicap Jalen

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un" اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ Read more