fbpx

Proses Perbaharui Lesen Memandu / Lesen Kenderaan Motor Sepanjang Tempoh PKP

KENYATAAN MEDIA
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

TAJUK: PROSES PERBAHARUI LESEN MEMANDU / LESEN KENDERAAN MOTOR SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

  1. Berhubung keputusan Kementerian Pengangkutan bertarikh 19 Mac 2020, semua perkhidmatan kaunter jabatan / agensi di bawah Kementerian ini iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak termasuk perkhidmatan JPJ di Pejabat Pos ditutup sepenuhnya mulai 20 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Selain mengambilkira kesihatan awam dan para kakitangan yang berada di barisan hadapan, keputusan ini juga dibuat sejurus melihat kehadiran orang ramai ke kaunter jabatan / agensi yang tidak dapat dikawal serta tidak selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang bertujuan mengelakkan orang ramai daripada berhimpun. Pihak Kementerian bersetuju untuk kekal dengan keputusan yang dibuat demi kepentingan semua pihak.
  2. Bagi urusan memperbaharui Lesen Memandu atau Competent Driver’s License (CDL) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM), semua proses pembaharuan hanya boleh dilaksanakan secara atas talian sepanjang tempoh PKP ini. Perkhidmatan ini boleh dibuat menerusi portal MySikap JPJ atau perkhidmatan 2 portal MyEG (hanya untuk perbaharui LKM). Orang awam yang tidak memiliki public/portal ID bagi mengakses portal MySikap JPJ, boleh melaksanakan proses pembaharuan menerusi portal MyEG.
  3. Orang ramai yang telah memperbaharui CDL / LKM menerusi kedua-dua portal tersebut sepanjang tempoh PKP ini tidak perlu hadir ke kaunter untuk mendapatkan lesen memandu / pelekat LKM secara fizikal, sebaliknya bukti pembayaran fi CDL / LKM menerusi portal sudah memadai untuk digunakan sebagai bukti. Oleh yang demikian, orang ramai diminta untuk tidak tergesa-gesa atau resah bagi mendapatkan lesen memandu / pelekat LKM yang telah diperbaharui. Kebenaran ini hanyalah untuk kegunaan di sepanjang tempoh PKP sahaja. Orang ramai dikehendaki untuk mendapatkan pelekat LKM dan kad CDL sebaik sahaja perintah PKP ditarik semula.
  4. Menyedari kekhuatiran orang ramai, pihak Kementerian turut mengadakan konsultasi dan perbincangan bersama pihak Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Takaful baru-baru ini bagi mempermudahkan urusan orang ramai sepanjang tempoh PKP ini. Seperti ketetapan undang-undang, semua pemilik kenderaan hendaklah memastikan kenderaan mereka mempunyai perlindungan insurans yang sah sepanjang tempoh PKP ini. Justeru itu, pembaharuan perlindungan insurans untuk kenderaan motor boleh dilaksanakan secara atas talian menerusi portal-portal syarikat insurans yang berkaitan.
  5. Sekali lagi saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar dari rumah, melainkan sekiranya benar-benar perlu sahaja. Ini bagi memastikan keberkesanan PKP yang bertujuan memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 ketika ini. Sebarang aduan / pertanyaan sila e-mel ke [email protected] , atau WhatsApp ke 019-2907723. Hotline MOT : 1800-88-7723 (8am-6am). Atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, di talian 03-88882010.

MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
23 MAC 2020

KENYATAAN MEDIAMENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIATAJUK: PROSES PERBAHARUI LESEN MEMANDU / LESEN KENDERAAN MOTOR SEPANJANG…

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Isnin, 23 Mac 2020

KENYATAAN MEDIA
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

TAJUK: PROSES PERBAHARUI LESEN MEMANDU / LESEN KENDERAAN MOTOR SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Sebarang aduan / pertanyaan sila e-mel ke [email protected] , atau WhatsApp ke 019-2907723. Hotline MOT : 1800-88-7723 (8am-6am). Atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, di talian 03-88882010.

KENYATAAN MEDIAMENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIATAJUK: PROSES PERBAHARUI LESEN MEMANDU / LESEN KENDERAAN MOTOR SEPANJANG…

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Isnin, 23 Mac 2020

Komen Anda?