Program Singgah Sahur Di IPK Johor

PROGRAM SINGGAH SAHUR KELAB MEDIA JOHOR 2021 BERSAMA YAB MENTERI BESAR JOHOR DI IPK JOHOR

JohorBahru, 24 April 2021 – Program Singgah Sahur Kelab Media Johor 2021 bersama YAB DATO’ HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD, telah singgah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Kehadiran YAB Menteri Besar Johor telah disambut oleh YDH CP DATO’ AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY, Ketua Polis Johor.

Program tahunan ini bertujuan memberi penghargaan kepada pasukan keselamatan dan perubatan yang bertugas dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan frontliners bersama media.

Sebanyak 60 bungkus makanan telah disumbangkan kepada frontliners PDRM Johor sebagai sokongan moral kepada mereka yang bertugas tanpa mengira masa demi kepentingan orang ramai terutamanya ketika negara dilanda wabak Covid-19.

Turut hadir YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Ketua-Ketua Jabatan, YDH ACP ANUAR BIN BIDIN, merangkap Pengerusi Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, YBHG. ENCIK MOHAMAD FAUZI BIN ISHAK, Presiden Kelab Media Johor serta rombongan Media Johor, Pegawai dan anggota PDRM Johor.

PrihatinPDRMJohor

Komen Anda?