fbpx

PRK Kimanis Keputusan Rasmi – BN Kekal Di Kimanis

Info Grafik : Buletin TV3

Kimanis kekal di tangan BN, peroleh majoriti lebih besar

BEAUFORT: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis apabila calonnya, Datuk Mohamad Alamin berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti 2,029 undi.

Beliau sekali gus menewaskan pencabarnya, calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim

Bujang dalam pertandingan satu lawan satu itu Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kimanis Pegawai Pengurus PRK Jupari @ Jupry Etok pada jam 9:30 malam.

Mohamad mendapat 12,706 undi, menewaskan Karim yang mendapat 10,677 undi.

PRK Parlimen Kimanis adalah PRK ke-10 diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada PRU14 lepas.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Sumber : Astro Awani

Komen Anda?
Related Post
Jom Undi!! JDT Terima Percalonan Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad

JDT TERIMA PENCALONAN KELAB TERBAIK PIALA AFC SEPANJANG DEKAD Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Read more

Jom Undi Pemain JDT Kegemaran Anda Dalam “MFL’S Fan XI”

UNDI PEMAIN JDT KEGEMARAN ANDA DALAM ‘MFL'S FAN XI’ Beberapa pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Read more

Stadium Sultan Ibrahim Bakal Menjadi Tumpuan Dunia

STADIUM SULTAN IBRAHIM LARKIN BAKAL MENJADI TUMPUAN DUNIA Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal Read more

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa JDTII vs Tanjung Pagar United FC

INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH | 15 FEBRUARY 2020 JDT II [4-0] TANJONG PAGAR UNITED FC(Kei Hirose Read more