Presiden FAM Menyaksikan Perlawanan CIMB Liga Super membabitkan Melaka Dengan Johor Darul Ta’zim

Presiden Malaysian Football League (MFL) yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Md Ali ke Stadium Hang Jebat bagi menyaksikan perlawanan CIMB Liga Super membabitkan Melaka dengan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Photo by MFL

Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dan Datuk Haji Hamidin turut ditemani Timbalan Presiden FAM Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Dato’ Ab Ghani Hassan serta barisan Exco FAM.

Photo by MFL

Dalam pada itu, MUSA turut berkesempatan meraikan Datuk Haji Hamidin di atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira sempena hari jadi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka hari ini.

Photo by MFL

Pertemuan Melaka dan JDT pula merupakan aksi terakhir liga dengan kedua-dua pasukan beraksi dalam 11 perlawanan musim ini iaitu secara satu pusingan sahaja susulan penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Photo by MFL

JDT sudah mengesahkan kejuaraan CIMB Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut selepas menewaskan Sabah 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim minggu lalu.

Sumber : MFL

Komen Anda?