Pra Musim: JDT Seri Menentang MSK Zilina

Skuad JDT mencatat keputusan seri 2-2 dalam aksi perlawanan persahabatan pra musim menentang MSK Zilina di Hamriyah Stadium, UAE.

Secara keseluruhannya kedua-dua pasukan mempamerkan serangan demi serangan. Namun JDT lebih memanfaatkan peluang yang ada dan ini terbukti apabila Pemenang kasut emas Liga Malaysia musim lalu, Bergson Da Silva membuka tirai jaringan seawal minit pertama (0.28saat) perlawanan lagi menerusi hantaran lintang Arif Aiman.

Bergson yang tidak dijaga dengan mudah membuat rembatan menewaskan penjaga gol msk zilina.

Separuh masa kedua, Gol pasukan MSK Zilina, adalah menerusi VLASTNY GÓL, pada minit ke-61.

JDT menggandakan asakan untuk memburu gol kedua melalui jaringan pemain import baru Moussa Sidibe pada minit ke-62

Sekali lagi pemain MSK Zilina berjaya menyamakan kedudukan buat kali kedua pada minit ke-88

Jaringan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Saksikan aksi mereka di sini:

Selepas ini, JDT akan turun menentang Riga FC dari Latvia pada Sabtu sebelum berdepan dua kelab Rusia yang lebih sukar iaitu Rodina Moscow dan Spartak Moscow, masing-masing pada 2 dan 5 Februari ini.

Apepun tahniah buat pasukan JDT kekalkan rentak permainan dalam siri jelajah perlawanan persahabatan pra musim 2022. Penting mencari rentak permainan dan keserasian antara pemain lama dan baru sebelum bermulanya liga super dan juga liga juara-juara asia champions league 2022 yang lebih berprestij tinggi dan juga saingan yang lebih tough dia punya tekanan.

Berikut Antara sebahagian aksi-aksi menarik yang telah dirakamkan oleh Official JOHOR Southern Tigers ketika perlawanan Persahabatan Antarabangsa di antara Johor Darul Ta’zim dan MSK Zilina (SVK) di Hamriyah Stadium Pada 25hb Januari 2022..

Komen Anda?