Potret Lukisan Hasil Permaisuri Johor

POTRET LUKISAN HASIL PERMAISURI JOHOR – “HARGAI KOMITMEN PETUGAS PERUBATAN”

DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan menghasilkan sebuah potret lukisan “TERIMA KASIH” sebagai menghargai komitmen serta tanggungjawab petugas-petugas perubatan di semua hospital dan klinik di seluruh Johor.

“Kepada doktor, jururawat dan semua kakitangan di semua hospital dan klinik di Johor. Anda adalah wira kami” – kata-kata motivasi yang disampaikan Permaisuri Johor menerusi hasil potret lukisan.

Hasil karya DYMM Permaisuri Johor diserahkan kepada Pengarah Hospital Permai, Dr. Norazam Harun oleh wakil Royal Press Office (RPO) hari ini (23 Mac).

Dr. Norazam merakamkan penghargaan di atas keprihatinan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor.

“Kita amat terharu dan menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Ibrahim dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah yang telah mengurniakan makanan, kini sebuah lukisan pula. Ia menjadi pembakar semangat kepada kami semua, semoga wabak ini berakhir secepat mungkin, InsyaAllah.

“Kita mohon seluruh rakyat agar mendoakan kami serta semua petugas di barisan hadapan ini agar sentiasa sihat dan menjalankan tugas sebaiknya,” katanya.

POTRET LUKISAN HASIL PERMAISURI JOHOR – "HARGAI KOMITMEN PETUGAS PERUBATAN" DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah…

Posted by The Royal Johor on Ahad, 22 Mac 2020

Komen Anda?