fbpx

Polis Marin, 4 Tekong Bot Yang Mengemudi 4 Buah Bot Berjaya Ditumpaskan

4 BOT DIPINTAS TEKONG LAUT DIBERKAS

Johor Bahru, 20 April 2019 ( Sabtu ) – Sindiket penyeludupan migran digempur oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ( PPM W2 ) dalam operasi Op Gelora. 4 tekong bot yg mengemudi 4 buah bot berjaya ditumpaskan hasil maklumat dan intipan oleh 2 buah botronda PPM W2.

Dalam operasi tersebut yang dilaksanakan pada 19/4/2019 @ 10.30 malam di Sg. Pulai, Iskandar Puteri, Johor 2 buah bot PPM W2 mengesan 4 buah bot yg dipercayai terlibat membawa Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI ) keluar melalui laluan yang tidak diwartakan. Kejar mengejar di lokasi herjaya menahan keempat² bot tersebut yang dipenuhi oleh PATI² yg bersembunyi didlm bot. 4 lelaki dewasa ( 23 – 39 thn ) yg dipercayai Tekong berjaya diberkas serta seramai 18 PATI ( 12 lelaki dewasa & 6 perempuan dewasa ) yg lingkungan umur 16 – 47 thn berjaya ditahan. Turut dirampas adalah 4 buah bot jenis fiberglass yg semuanya berukur 17 x 4 kaki yg antaranya sebuah bot menggunakan seunit enjin sangkut jenis Yamaha 15 HP, 2 buah bot menggunakan seunit enjin sangkut jenis Yamaha 25 HP dan sebuah bot menggunakan seunit enjin sangkut jenis Yamaha 40 HP.

ACP Paul Khiu Khon Chiang, Komander PPM W2 mendedahkan bahawa sindiket yg beroperasi di Sg. Pulai, Iskandar Puteri ini giat beroperasi sejak awal bulan April 2019. Namun hasil maklumat dan intipan oleh PPM W2 sindiket ini berjaya diberkas pada malam tadi. Namun dipercayai masih terdapat beberapa buah lagi bot sindiket yg masih beroperasi. Tindakan lanjut akan digerakkan bagi memburu dan memberkas saki baki sindiket terlibat berdasarkan maklumat² yg telah dikumpulkan.

Beliau juga menyeru masyarakat maritim terutamanya yg melihat atau mempunyai maklumat² berkaitan kegiatan yg menyalahi undang² serta mengugat ketenteraman awam supaya menghubungi atau menyalurkan kpd pihak berkuasa terutamanya Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ( PPM W2 ). Talian yg boleh dihubungi adalah 07-2372221 @ 07-2372222.

Sumber : Pasukan Polis Marin Wilayah Dua

Komen Anda?