PM Solat Jumaat Pertama Di Masjid Haji Muhammad Yassin, Pagoh

Pagoh: Selepas siap sepenuhnya pada September lalu, Masjid Haji Muhammad Yassin yang dibina bersempena nama bapa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dibuka kepada orang ramai.

Pembukaan itu menyaksikan Muhyiddin bersama barisan ahli politik serta pegawai kerajaan negeri Johor menunaikan solat Jumaat pertama di masjid berkenaan hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pagoh itu tiba pada jam 12.30 tengah hari diiringi Pegawai Daerah Muar, Datuk Mohd Haffiz Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi serta Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Muhyiddin bersama kira-kira 1,500 jemaah menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Imam Besar Johor, Makhadzir Abdan dengan mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial.

Masjid seluas 4.73 hektar itu mampu memuatkan sehingga 3,500 jemaah dibina di kawasan Hub Universiti Pagoh dan turut dilengkapi dengan kemudahan Laman Islam dan lapan unit kuarters untuk imam, bilal dan siak.

Sumber : Harian Metro

PROGRAM YDH KETUA POLIS JOHOR BERSAMA YAB PERDANA MENTERI DI SEKITAR KAWASAN PAGOH, JOHOR

Pagoh, 30 Oktober 2020 – YDH CP DATO’ AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY, Ketua Polis Johor turut sama dalam Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap / Sungai Raya Muar Berhad oleh YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN, Perdana Menteri Malaysia. Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir.

Seterusnya YAB Perdana Menteri Malaysia dengan diiringi YDH Ketua Polis Johor telah ke Masjid Haji Muhammad Yassin bagi menunaikan solat jumaat sebelum melawat Balai Polis Bukit Pasir, Muar.

Turut hadir, YB DATO’ HJ MOHD HAFFIZ BIN HJ AHMAD, Pegawai Daerah Muar, YB DATO’ DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL , Ahli Dewan Undangan Negeri, Bukit Kepong. YDH ACP ZAHARUDIN BIN RASIP, Ketua Polis Daerah Muar, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai-pegawai Rendah Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.

PrihatinPDRMJohor

 49 Total Views,  3 Views Today

Komen Anda?