PM Laung Takbir Raya Bersama Jemaah Menteri, Wakil Barisan Hadapan

Terbaiklah semua👍🏻 x pernah lagi tengok barisan pemimpin utama negara duduk ramai2 tadbir raya camni…Syabas PM dan semua 👋👋

Tadbir Raya bersama PM kita.. Selamat Hari Raya 1441H.#dudukrumah#kitajagakita

Posted by Mazlin Nordin on Sabtu, 23 Mei 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai barisan jemaah menteri dan wakil-wakil petugas barisan hadapan, melaungkan takbir raya bagi sambutan Aidilfitri.

Rakaman takbir raya berdurasi 4 minit 52 saat itu, disiarkan menerusi laman media sosial Facebook ‘Muhyiddin Yassin’ dan stesen-stesen televisyen pada malam ini.

Antara menteri-menteri kanan yang turut melaungkan takbir raya adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, serta Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Turut serta, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Mustapa Mohamed; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Selain itu, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut bersama melaungkan takbir raya tersebut.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada hari esok (Ahad), 24 Mei. – Bernama

Rakaman takbir raya berdurasi 4 minit 52 saat itu, disiarkan menerusi laman media sosial Facebook 'Muhyiddin Yassin' dan stesen-stesen televisyen pada malam ini.

Posted by Sinar Harian on Sabtu, 23 Mei 2020

Alhamdullilah..terbaik dalam sejarah malaysia bila ramai menteri yang sesama mengikuti takbir raya yang diketuai PM sendiri.. membuatkan kami rakyat malaysia rasa bersyukur dan terjaga dengan pmimpin² yang penuh wibawa..kita doakan semoga pmimpin² kita sntiasa sihat n tabah aamin..SELAMAT HARI RAYA…

Komen Anda?