YAB Perdana Menteri hari ini kembali memasuki pejabat setelah selesai menjalani kuarantin selama 14 hari.
YAB Perdana Menteri menjalani perintah kuarantin bermula 22 Mei lepas, selepas seorang daripada pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di pejabat Perdana Menteri disahkan positif COVID-19.
Sepanjang tempoh tersebut, YAB Perdana Menteri telah menjalankan tugas rasmi dengan cara bekerja dari rumah.
Pada Selasa, 2 Jun 2020 YAB Perdana Menteri sekali lagi telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif.
YAB Perdana Menteri memulakan tugasan hari ini dengan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi sesi pra-Kabinet menerusi persidangan video.
YAB Perdana Menteri kemudiannya mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dihadiri semua anggota jemaah Menteri.
Mesyuarat Kabinet hari ini diadakan secara persidangan video di mana menteri-menteri Kabinet berada di dua bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra.
Langkah yang julung kali diadakan ini adalah bagi menjamin amalan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat dapat dilaksanakan pada setiap masa.
- Pertama Di Tenggara
- KDYMM Yang di-Pertuan Agong Berkenan Berjalan Kaki Meredah Banjir
- Kurniaan Komputer Riba Oleh DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Anak-Anak Muar
- Kurniaan Komputer Riba Oleh DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Anak-Anak Muar
- Ebit Lew Terharu Layanan YDPA Buat Beliau
- TMJ Berangkat Melawat Mangsa Bencana Banjir Di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)
- Pencarian Sukarelawan Bagi Misi Bantuan Pasca Banjir
- Menjelang Latihan Pertama, TMJ Mengadakan Jamuan Makan Malam BBQ