PM Berpeluang Menunaikan Solat Jumaat Di Masjid

Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, setelah masjid dan surau Jumaat dibuka semula.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, masjid dan surau Jumaat tidak dibuka untuk aktiviti solat berjemaah sebaliknya umat Islam disaran menggantikan solat Jumaat dengan sembahyang Zohor di rumah.

Daripada pemerhatian saya, pengurusan masjid telah memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dipatuhi. Lebih membanggakan saya, para jemaah juga mematuhi peraturan yang dilaksanakan dengan tertib.

Photo By FB Muhyiddin Yassin

Jemaah saya lihat memberikan kerjasama yang baik dengan berbaris dan merekodkan bacaan suhu badan masing-masing sebelum dibenarkan memasuki masjid. Jemaah juga membawa sejadah sendiri dari rumah dan duduk dalam jarak 1 meter antara jemaah di dalam saf.

Saya berdoa situasi COVID-19 di negara kita yang semakin reda akan pulih sepenuhnya bagi membolehkan seluruh umat Islam dapat menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid dan surau seperti sebelum wabak ini melanda negara kita. Insya-Allah.

Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara,…

Posted by Muhyiddin Yassin on Jumaat, 12 Jun 2020

Komen Anda?