fbpx

Plus Buka Stesen Penguatkuasa JPJ Di R&R

Lebuhraya Utara-Selatan di R&R Pagoh (Arah Selatan) Stesen Penguatkuasaan JPJ ketiga

PLUS BUKA STESEN PENGUATKUASA JPJ DI R&R

PLUS dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus berkolaborasi apabila membuka secara rasminya Stesen Penguatkuasaan JPJ ketiga di Lebuhraya Utara-Selatan di R&R Pagoh (Arah Selatan) hari ini. Stesen Penguatkuasaan JPJ tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPJ, Dato’ Sri Shaharuddin Khalid dan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Stesen ini memudahkan advokasi keselamatan jalan raya serta operasi penguatkuasaan oleh pihak JPJ.

Stesen Penguatkuasaan yang pertama telah dibuka di R&R Dengkil (Arah Selatan), diikuti dengan R&R Gunung Semanggol (Arah Selatan)

Sumber : PLUS Malaysia

Pagoh, 3 Januari 2020 (Jumaat): Majlis Perasmian Stesen Penguatkuasa Lebuhraya Zon Selatan di R&R Pagoh (Arah Selatan) PLUS oleh YBhg. Dato’ Sri Shaharuddin bin Khalid, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

Turut hadir Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Ahmad Nasir bin Abd Ghani, Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Malaysia, Tn Razali bin Wagiman Pengarah JPJ Negeri Johor serta Tn Khairul Aswad bin Abdul Halim, Ketua JPJ Cawangan Muar.

Komen Anda?
Related Post
Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Perlahan Petang Ini

KUALA LUMPUR, 25 Jan -- Aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat Read more

Rancang Perjalanan Anda Sempena Krismas & Tahun Baru 2020

JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN PLUS SEMPENA KRISMAS & TAHUN BAHARU 2020 BAGI MELANCARKAN PERJALANAN DI Read more

Aliran Trafik Lebuhraya Utama Perlahan, Pandu Cermat Jiwa Selamat

Aliran trafik lebuhraya utama perlahan KUALA LUMPUR: Aliran trafik lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat Read more

Khidmat Masyarakat JPJ, Bantu Orang Awam Terkandas

Tahniah diucapkan kepada anggota penguatkuasa Wanita dari JPJ Negeri Terengganu kerana membantu orang awam yang Read more