Plaza Tol Sedenak Dijangka Dibuka Semua Jam 1200 Tengah Malam Ini

PLAZA TOL SEDENAK DIJANGKA DIBUKA SEMULA MULAI JAM 12:00 TENGAH MALAM INI

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa Plaza Tol Sedenak yang ditutup bermula jam 12:00 tengah hari tadi hanya akan dibuka semula  kepada semua kenderaan mulai jam 12:00 tengah malam ini, 2 Disember (Rabu) selepas semua kerja-kerja sanitasi menyeluruh dilaksanakan oleh agensi berkaitan selepas seorang kakitangan di plaza tol berkenaan disahkan positif.

Semua kerja-kerja disinfeksi, sanitasi dan pembersihan di plaza terbabit hanya boleh dijalankan mulai jam 9:00 malam ini (2 Disember). 

Oleh itu, orang ramai dari Sedenak dan kawasan sekitar yang ingin menuju ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru boleh memasuki lebuh raya PLUS menerusi Plaza Tol Simpang Renggam atau Kulai sepanjang tempoh penutupan tersebut.

Sementara itu, orang ramai dari Kuala Lumpur yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Simpang Renggam, manakala orang ramai dari Johor Bahru yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Kulai.

PLUS akan memaklumkan sebarang perubahan dari masa ke masa.

Sumber : Plus Berhad

Komen Anda?