PJ City Pasukan Pertama Yang Berjaya Mengalahkan JDT di Larkin Dalam Saingan Liga Super

2019 MALAYSIA SUPER LEAGUE | 16 JULY 2019

JDT [0-1] PJ CITY FC

(Washington Brandao Dos Santos 64′)

REKOD TANPA KALAH JDT DI TEMPAT SENDIRI SEJAK 2013 LEBUR DI TANGAN PJ CITY

PJ City berjaya mengejutkan juara bertahan Johor DT malam tadi dengan menewaskan pasukan Harimau Selatan 0-1.Kemenangan ini telah meleburkan rekod tanpa kalah JDT musim ini dan buat pertama kalinya JDT tewas di laman sendiri dalam saingan Liga Super selepas 75 perlawanan sejak ditubuhkan.

Ini bukan kali pertama PJ City mengejutkan JDT dihalaman sendiri.Tahun lalu 2018,sebelum dijenamakan sebagai PJ City dan lebih dikenali sebagai MIFA,skuad ini menewaskan JDT 1-2 juga di Larkin dalam saingan Piala Malaysia.

Sumber : ROTP

Kekalahan mengejut pada aksi ke-21 itu memusnahkan harapan skuad Harimau Selatan untuk menyamai pencapaian tiga musim lalu apabila menamatkan saingan tanpa kalah dengan aksi terakhir juara liga itu adalah berdepan Terengganu, Jumaat ini.

KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LS21 LIGA SUPER 2019

Bad luck JDT

75 PERLAWANAN LIGA SUPER TANPA KALAH DI LARKIN.

WHAT A RECORD!

Rekod TANPA KALAH paling lama dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Komen Anda?