PJ City FC Tidak Berjaya Meraih Mata Di Laman Sendiri

Negeri Sembilan menambah derita Petaling Jaya (PJ) City apabila melakar kemenangan 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Negeri Sembilan tambah derita PJ City

Ia adalah kekalahan ketujuh dialami PJ City dalam saingan Liga Super musim ini selain kekalahan kedua di gelanggang sendiri dalam tempoh lima hari selepas kecundang 3-0 di tangan Sri Pahang, Selasa lalu.

PJ City ketinggalan pada minit ke-11 selepas hantaran ke belakang oleh kapten mereka, Raffi Nagoorgani tidak sampai kepada penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan kesilapan itu dihukum dengan jaringan pembukaan penyerang Negeri Sembilan, Gustavo Almeida.

11′ GOL | Hantaran ke belakang Raffi Nagoorgani berjaya dipintas oleh Gustavo untuk gol pendahuluan pasukan pelawat.

Almeida kemudian mengukuhkan kedudukan buat Negeri Sembilan apabila bijak menyudahkan hantaran Omid Nazari pada minit ke-62 dan kedudukan 2-0 memihak skuad kendalian K Devan kekal hingga wisel penamat.

62′ GOL | Gustavo dengan tenang menyudahkan hantaran Omid Nazari untuk gol kedua Negeri Sembilan!

Kemenangan itu menyaksikan Negeri Sembilan kekal di kedudukan ketiga dengan mengumpul 32 mata, hanya dua mata di belakang pasukan tangga kedua, Sabah.

PJ City yang sedang bergelut dengan masalah prestasi pula menghuni kedudukan ke-11 dengan mengumpul 12 mata selepas mengharungi 15 perlawanan. Sumber : Berita Harian

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER -LS16

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?