PINGAT EMAS BUAT BONNIE & MALAYSIA! 🥇 Dengan angkatan seberat 220kg & 154.6 mata membolehkan kejayaan meraih pingat Emas ke-4 negara menjadi kenyataan! Dia juga berjaya mencatat rekod Sukan Komanwel yang baru.
Mara terus adikku mara
— Hafizal Hamad (@hafizal_hamad) August 4, 2022
Kami sanjung jasa dan budi
Tak terbalas jasa mu wira
Selamanya namamu di hati kami
Tahniah Bonnie Bunyau
Agi Hidup Agi Ngelaban! pic.twitter.com/dbCDIkJnqq
Bonnie raih emas keempat negara, cipta rekod kejohanan
Seperti diramalkan, juara dunia, Bonnie Bunyau Gustin memenangi pingat emas acara powerlifting kategori lightweight pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini, hari ini.
Kejayaannya itu menambah pingat emas negara kepada empat, hanya kurang dua daripada enam yang disasarkan kontinjen negara.
Ia turut menambah koleksi pingat kejuaraan Bonnie yang sebelum ini bergelar juara dunia sebanyak dua kali iaitu 2019 dan 2021.
Sebelum ini dia adalah juara powelifting pada temasya Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.
Pada saingan final sebentar tadi, Bonnie turut mencipta rekod temasya apabila mengumpulkan 154.6 mata selepas melakukan angkatan 210 kilogram (kg) pada sesi pertama, 216kg (kedua) dan 220kg (ketiga).
Pingat perak dimenangi wakil tuan rumah, England menerusi Mark Swan yang mengumpulkan 147.6 mata dan gangsa milik Innocent Nnmandi (145.5 mata)
Atlet berusia 23 tahun itu mencipta sejarah muncul atlet pertama Malaysia memenangi acara itu di temasya sukan berkenaan.
Pencapaian Bonnie itu mengubat kekecewaannya pada penampilan sulung di Gold Coast, Australia pada 2018, apabila dia terlepas pingat setelah menduduki tangga keempat. Sumber : Harian Metro
YESSS MANTAP BONNIE!!! WOW BERJAYA ANGKAT 210KG WAH!! IN THE LEAD KEEP IT GOING BONNIE!!🔥🔥🔥
— HelloJR 🇲🇾 (@HelloBWJr26) August 4, 2022
BONNIE HAS BROKEN THE COMMONWEALTH GAMES RECORD!!!! 🥳🥳🥳#Birmingham2022 pic.twitter.com/llRxOA4cmA
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.
- Kedah, Sabah Terikat Di Darul Aman
- Dua Jaringan Terengganu FC Di Separuh Pertama Kekal Sehingga Tamat
- Sarawak United & PJ City Terpaksa Akur Berkongsi Mata
- Satu Lagi Gol Liga Malaysia Dihantar Untuk Cadangan Pencalonan Anugerah Puskas
- Stadium Nasional Bukit Jalil Venue Final Piala FA 2022